Harian Metro

"INGATLAH PADA KAMI"

Bekas isteri Allahyarha­m Mejar Mohd Zahir tuntut sumbangan dua anak lelaki

- Oleh Mohd Rafi Mamat

Hanya satu permintaan bekas isteri pertama Mejar Mohd Zahir Armaya iaitu dua anaknya berusia lapan dan sembilan tahun tidak dilupakan walaupun mereka sudah bercerai tahun lalu. Jamilah Ismail, 37, mahu anaknya mendapat perhatian dan sumbangan sewajarnya kerana mereka adalah anak wira negara yang terkorban ketika demonstras­i ketenteraa­n, lapor Mohd Rafi Mamat

“Saya berharap dua anak saya, Mohamad Remy Iskandar Mohd Zahir, 8, dan Mohamad Ebel Zulkarnain, 9, turut menerima sumbangan dan bantuan kerana mereka juga anak kepada Allahyarha­m Mejar Mohd Zahir Armaya, 36.

“Namun apa yang berlaku sekarang ialah bantuan seolah-olah tidak sampai kepada dua anak saya sedangkan difahamkan terlalu banyak sumbangan daripada pelbagai pihak,” kata Jamilah Ismail, 37.

Dia yang mendirikan rumahtangg­a dengan Allahyarha­m Mohd Zahir selama 10 tahun sebelum berpisah Mac tahun lalu berkata, setakat ini dua anaknya hanya menerima RM1,500 sumbangan Yayasan Kasih sebagai perbelanja­an persekolah­an dan keperluan lain.

Katanya, sebagai ibu tunggal yang bekerja sebagai pembantu kedai makan dengan pendapatan RM25 sehari, bantuan amat diperlukan bagi menyara dua anaknya kerana difahamkan sumbangan untuk mereka berdua banyak diterima daripada pelbagai pihak.

Menurutnya, dia bukan berniat menagih simpati dan merayu pada mana-mana pihak bagi kepentinga­n peribadi sebaliknya demi kebajikan dua anak perwira negara yang terkorban dan sebelum ini berjaya mengharumk­an nama negara sebagai anggota komando.

“Saya amat terkilan apabangan

“Dua anak saya kini seolah-olah tidak wujud

Jamilah Ismail

bila banyak bantuan dihulurkan pelbagai pihak termasuk sumbangan kerajaan disampaika­n Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail, baru-baru ini, semuanya tidak diterima dua anak,” katanya.

Menurutnya, banyak pihak beranggapa­n dua anaknya menerima banyak sumdalam bentuk kewangan.

“Saya ingin jelaskan bahawa dua anak saya kini seolah-olah tidak wujud sedangkan mereka sepatutnya mendapat perhatian lebih kerana mereka anak hasil perkahwina­n pertama arwah ayah mereka,” katanya yang menetap di Peramu Jaya.

Beliau berkata, dua anaknya kini belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Peramu Jaya 2 dan mereka memerlukan wang saku RM10 setiap hari.

Jamilah juga terkilan apabila sebelum ini banyak pihak berjanji untuk datang melawat dua anak arwah namun hingga kini bayang pihak terbabit tidak kelihatan.

Katanya, hak anak yatim perlu diutamakan kerana mereka masih kecil dan memerlukan sokongan berbentuk kewangan dan kemudahan lain. Dia bimbang hak anak yatim diabaikan begitu sahaja.

“Saya berharap pihak berkaitan supaya tidak terlepas pandang terhadap dua anak arwah yang berada di Peramu Jaya ini,” katanya yang bersyukur bekas bapa mentuanya, AR Badul banyak memberi sokongan.

Mohd Zahir yang juga anggota komando meninggal dunia ketika melakukan demonstras­i keupayaan sempena pelancaran penubuhan Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div) di Kem Kok Lawi, Sabah.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? JAMILAH bersama dua anaknya, Mohamad Remy Iskandar (kiri) dan Mohamad Ebel Zulkarnain yang kini menetap di Peramu Jaya. Gambar kecil, Allahyarha­m Mejar Mohd Zahir.
JAMILAH bersama dua anaknya, Mohamad Remy Iskandar (kiri) dan Mohamad Ebel Zulkarnain yang kini menetap di Peramu Jaya. Gambar kecil, Allahyarha­m Mejar Mohd Zahir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia