Harian Metro

LUBANG KUMBAHAN

Budak 5 tahun maut dipercayai terjatuh ke dalam lubang kumbahan ketika bermain bersama abang

- Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz azimfitri@hmetro.com.my

Kanak-kanak itu terus bermain sebelum abang mangsa pulang ke rumah dan mendapati Nur Ariesha tiada di rumah”

Mohamad Noor

Penutup lubang kumbahan diangkat dan dibiarkan terbuka oleh kumpulan kanak-kanak yang bermain di kawasan rumah di Kampung Batu 5, Jalan Kuantan-Gambang, di sini, dipercayai menjadi punca kepada tragedi kanak-kanak perempuan terjatuh sebelum lemas.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang kelmarin, Nur Ariesha Abdul Rahman, 5, dikatakan bermain bersama dua abangnya serta beberapa rakan sebelum disedari hilang.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, usaha mencari Nur Ariesha kemudian digerakkan oleh penduduk kampung serta keluarga mangsa sebelum menemui mayatnya dalam keadaan terapung pada jam 9 malam.

“Berdasarka­n temu bual dengan kanak-kanak yang bermain dengan mangsa, mereka dikatakan keluar rumah dan berjalan sejauh 500 meter untuk ke tempat bermain yang juga kawasan rumah persendiri­an.

“Mereka mengaku membuka penutup lubang kumbahan sebelum penutupnya jatuh dan meninggalk­an kawasan itu tanpa menyedari mangsa berada di situ.

“Kanak-kanak itu terus bermain sebelum abang mangsa pulang ke rumah dan mendapati Nur Ariesha tiada di rumah,” katanya.

Mohamad Noor berkata, usaha mengesan dan mencari mangsa yang juga anak ketiga daripada empat beradik diteruskan sebelum mayatnya ditemui di lubang kumbahan oleh penduduk kampung beberapa jam kemudian.

Katanya, anggota bomba dan penyelamat dipanggil ke lokasi bagi membawa keluar mayat sebelum jenazah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat.

Beliau berkata, kes diklasifik­asikan sebagai mati mengejut.

Kejadian malang menimpa Nur Ariesha yang kedua dalam tempoh tiga hari selepas kejadian sama berlaku ke atas Mohammad Anas Hadif Ahmad Hafiz, 3, yang maut selepas terjatuh ke dalam lubang kumbahan di kawasan kuarters Balai Polis Pasir Puteh, di Ipoh, Selasa lalu.

Sementara itu, tinjauan wartawan di Jabatan Forensik HTAA mendapati mayat dituntut keluarga pada jam 12 tengah hari selepas bedah siasat dijalankan pada 9.30 pagi.

Usaha wartawan untuk menemu bual ibu mangsa dikenali sebagai Helmi Nordin, 39, tidak berhasil selepas wanita itu enggan bercakap dengan petugas media.

Difahamkan jenazah Nur Ariesha dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pandan, di sini, selepas solat Asar, semalam.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? HELMI (kiri) tidak dapat menahan sebak ketika tiba di Jabatan Forensik HTAA.
HELMI (kiri) tidak dapat menahan sebak ketika tiba di Jabatan Forensik HTAA.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia