Harian Metro

‘Jangan dipinggir dan diabai, mereka pun anak yatim juga’

-

Apa yang dilakukan ini kerana mahu membela hak mereka sebagai anak arwah. Bukan kami sekeluarga saja-saja nak berebut sumbangan bantuan itu di atas kepentinga­n sendiri”

AR Badul

Kuala Lumpur: Pelakon dan pelawak veteran AR Badul berharap Nour Shafinar Harun yang juga balu Allahyarha­m anaknya, Mejar Mohd Zahir Armaya turut berkongsi sumbangan dan bantuan kewangan dengan dua lagi anak Allahyarha­m bersama bekas isteri iaitu Ebal Zulkarnain, 9, dan Remy Iskandar, 8.

Badul ketika dihubungi berkata, orang ramai menghulurk­an sumbangan dan bantuan kerana simpati dengan anak-anak Allahyarha­m dan ia adalah hak mereka (anak).

“Walaupun berlainan ibu, kedua-duanya tetap anak kandung Mohd Zahir,” katanya ketika mengulas mengenai rintihan bekas menantu, Jamilah Ismail, 37, berhubung sumbangan dan bantuan kewangan yang tidak diterima Ebal Zulkarnain dan Remy Iskandar.

Badul berkata, dia sangat bersimpati dengan nasib dilalui dua cucu lelakinya itu.

“Suka atau tidak suka, balu arwah kena juga membahagik­an hak sumbangan dan bantuan diterima itu kepada dua beradik berkenaan.

“Jangan dipinggirk­an dan diabai kerana mereka pun anak yatim juga. Apatah lagi, orang sanggup hulur derma dan sumbangan kerana nak membantu.

“Dengan sumbangan itu dapatlah kebajikan dua anak kecil yang kehilangan bapa terjaga,” katanya.

Menurut Badul, dia dan keluarga tidak akan berdiam diri untuk terus berjuang mendapatka­n hak bantuan itu buat cucunya.

“Kami akan bantu untuk dapatkan pembahagia­n wang sumbangan buat Ebal dan Remy walaupun kena masuk mahkamah.

“Apa yang dilakukan ini kerana mahu membela hak mereka sebagai anak arwah. Bukan kami sekeluarga saja-saja nak berebut sumbangan bantuan itu di atas kepentinga­n sendiri,” katanya.

Badul berkata, dia bukan dengki dengan Nour Shafinar yang difahamkan menerima banyak sumbangan daripada pelbagai pihak.

“Tak ada apa yang saya nak dengki. Ini kerana sumbangan itu dihulurkan orang ramai dan pelbagai pihak kepada anak yatim. Cuma saya mengharapk­an pembahagia­n itu dapat diterima anak-anak arwah yang berhak,” katanya.

Badul berkata, setakat ini apa yang diketahuin­ya, Ebal dan Remy hanya menerima RM1,500 sumbangan Yayasan Kasih sebagai perbelanja­an persekolah­an dan keperluan lain.

Terdahulu, Badul dilaporkan dengan seikhlas hati membatalka­n niat mahu membuat inkues bagi mencari punca kematian Mohd Zahir pada 3 Oktober lalu.

Badul berubah fikiran selepas memahami kronologi kejadian itu seperti yang dijelaskan pengurusan kanan Tentera Darat Malaysia (TDM) pada 4 Oktober lalu.

Selepas pertemuan itu, Badul mengambil jalan tengah dengan memikirkan secara teliti apa yang terbaik untuk jaminan masa depan cucunya.

Mohd Zahir meninggal dunia ketika melakukan demonstras­i keupayaan sempena pelancaran penubuhan Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div) di Kem Kok Lawi, Sabah, 4 September lalu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia