Harian Metro

Ajal dilanggar jentolak mengundur

-

Seri Iskandar: Warga emas berusia 64 tahun maut dilanggar jentolak yang mengundur di kilang kelapa sawit di Bota, kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.50 pagi, mangsa, Chai Ming Poi yang datang ke kilang berkenaan untuk membeli sisa buangan kelapa sawit parah selepas dilanggar jentolak berkenaan.

Difahamkan, mangsa kemudian dibawa ke Klinik Kesihatan Changkat Melintang sebelum dipindahka­n ke Hospital Seri Manjung namun disahkan meninggal dunia jam 4.50 petang.

Pengarah Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan (JKKP) Perak, Zamzurin Maarof berkata, pihaknya yang menjalanka­n siasatan di lokasi kejadian mengeluark­an lapan notis larangan kepada pemilik premis membabitka­n kegagalan memastikan lapan jentolak diselengga­ra dengan baik.

JKKP Perak turut mengeluark­an lima notis perbaikan kepada pemilik premis. Pemilik premis diminta mengadakan sistem kerja selamat bagi pengurusan trafik dan taklimat keselamata­n kepada pihak luar.

“Tanggungja­wab majikan bukan hanya memastikan pekerja bekerja dengan selamat malah perlu memastikan orang lain tidak terdedah kepada risiko keselamata­n dan kesihatan.

“Selain itu, majikan perlu memastikan maklumat berkaitan keselamata­n dan kesihatan untuk pengetahua­n orang lain selain pekerja yang mungkin terdedah kepada risiko ketika pekerja masih bekerja,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Zamzurin berkata, tindakan perundanga­n akan diambil terhadap mana-mana pihak yang bertanggun­gjawab sekiranya didapati melanggar Akta Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

Menurutnya, JKKP memandang serius kemalangan yang membabitka­n pekerja atau orang awam. Kejadian sedemikian boleh dielakkan sekiranya majikan melaksanak­an penaksiran serta kawalan risiko yang menyeluruh.

Chai datang ke kilang berkenaan

untuk beli sisa buangan kelapa sawit

 ??  ?? KAKITANGAN JKKP Perak menjalanka­n siasatan di lokasi kejadian di Bota.
KAKITANGAN JKKP Perak menjalanka­n siasatan di lokasi kejadian di Bota.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia