Harian Metro

Kematian dicemburui

Warga emas meninggal dunia ketika mengimamka­n solat Subuh

- Oleh Roselan Ab Malek am@hmetro.com.my

Kematian yang dicemburui. Itu yang berlaku ke atas Mohd Rawi Ismail, 61, apabila disahkan meninggal dunia ketika mengimamka­n solat Subuh di Masjid Sultan Abu Bakar, kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.10 pagi itu Allahyarha­m dikatakan menjadi imam ganti selepas imam bertugas dikatakan tiba lewat ke masjid.

Menurut sahabat baik arwah yang juga makmum solat Subuh di masjid itu, Mohammed Md Jam, 73, beliau tidak melihat sebarang tanda sakit pada diri Mohd Rawi sebelum memintanya mengimamka­n solat.

“Selepas membaca surah Fatihah beliau membaca ayat lazim, cuma tersekat-sekat kerana tidak cukup nafas. Selepas rukuk, dia bangun dan nampak terhuyung-hayang hendak rebah ke belakang dan saya pun sambut dia.

“Saya baringkan dia namun tidak berkata apa, tetapi nadi dia masih ada dan saya terus mengajar mengucap kalimah syahadah,” katanya ketika ditemui, semalam.

Sementara itu, menceritak­an keperibadi­an suaminya, isterinya Mek Nab Che Sof, 58, berkata, arwah sering menasihati dia dan anak-anak supaya membaca dan menghafal surah Al Mulk setiap kali sebelum tidur.

Katanya, suaminya tidak pernah lupa membaca surah itu sebelum tidur dan juga kadang-kadang selepas solat.

“Secara kebiasaan saya dan suami setiap hari akan ke masjid bersama-sama kerana masjid dekat dengan rumah kami di Taman Bukit Koman.

“Kebetulan semalam saya tidak pergi ke masjid bersama kerana hendak menyiapkan sarapan untuk dia sebelum pergi ke Temerloh atas urusan mesyuarat pesara kerajaan bersama rakannya,” katanya.

Beliau berkata, arwah yang juga bekas pembantu pertanian pernah membuat pembedahan pintasan jantung 13 tahun lalu dan tidak menunjukka­n tanda sakit sebelum pemergiann­ya.

Mek Nab berkata, hasil perkahwina­nnya dengan Mohd Rawi, mereka dikurniaka­n empat anak.

“Dia juga disifatkan seorang yang pemurah dan suka bersedekah kepada kanak-kanak, saudara dan sahabatnya terutama dia suka beri buah serta hasil cucuk tanam diusahakan­nya.

“Siapa yang berkunjung ke rumah pasti tidak akan pulang dengan tangan kosong,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Raub, Superinten­dan Kama Azural Mohamed ketika dihubungi mengesahka­n kejadian itu.

Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Raub dan kes diklasifik­asikan sebagai mati mengejut.

Mangsa disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Raub

 ??  ??
 ??  ?? MOHD Rawi meninggal dunia ketika mengimamka­n solat Subuh di Masjid Sultan Abu Bakar, kelmarin.
MOHD Rawi meninggal dunia ketika mengimamka­n solat Subuh di Masjid Sultan Abu Bakar, kelmarin.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia