Harian Metro

Pusara tanah sampah

Waris kesal tindakan pemaju, jawatankua­sa masjid tambak kubur, alih batu nisan tak sempurna

- Oleh Zuhainy Zulkiffli am@hmetro.com.my

Tanah hitam, busuk dan dipenuhi sampah. Itu keadaan tanah yang ditambak atas Perkuburan Jalan Kampung Masjid, Teluk Kumbar.

Rata-rata penduduk kesal dengan pemaju dan pihak jawatankua­sa masjid yang memindahka­n batu nisan milik keluarga mereka tanpa persetujua­n bagi projek baik pulih tapak perkuburan itu serta tidak dilakukan dengan sempurna.

Malah, waris mendakwa tanah digunakan bagi lapisan kedua tapak perkuburan berkenaan tidak berkualiti, berbau busuk dan dicemari sampah-sarap.

Wakil waris yang mahu dikenali sebagai Ali, 60-an berkata, projek berkenaan berjalan sejak beberapa minggu lalu dan sebelum itu, pihak jawatankua­sa masjid bertanya kepada waris mengenai persetujua­n mereka.

Namun katanya, hanya waris yang hadir di masjid pada waktu berkenaan mengesahka­n persetujua­n mengalihka­n batu nisan, tetapi tidak bagi waris yang tinggal di luar kawasan itu.

“Ada antara mereka tidak tahu mengenai projek berkenaan dan ia berlaku terlalu cepat kerana sepatutnya dilaksanak­an dalam tempoh sewajarnya bagi membolehka­n waris yang jauh mendapat maklumat lengkap.

“Waris difahamkan, batu nisan dialihkan itu diletakkan semula namun dipercayai hanya membabitka­n pusara pada lapisan atas selepas kerja baik pulih siap,” katanya, semalam.

Mengulas lanjut, Ali mendakwa, jawatankua­sa masjid juga berjanji lapisan kedua

Kami menyokong usaha ini namun ia perlu dilakukan dengan betul dan memandangk­an projek sudah berjalan, buatlah yang terbaik”

tanah perkuburan itu berkualiti baik namun sebaliknya apabila tanah terbabit dicemari sampah-sarap, berbau dan kehitaman.

Selain papan tanda projek yang tidak memaparkan maklumat tepat mengenai projek itu, waris turut bimbang jika batu nisan pusara pada lapisan pertama tidak diletakkan semula.

“Boleh dilihat keadaan tanah itu banyak sampah serta berbau. Bayangkan keadaan tanah itu jika hari hujan.

“Kami menyokong usaha ini namun ia perlu dilakukan dengan betul dan memandangk­an projek sudah berjalan, buatlah yang terbaik,” katanya.

Sehubungan itu, 41 waris membuat laporan di Balai Polis Teluk Kumbar pada 8 Oktober lalu bagi memohon tindakan dan siasatan polis

Ali

serta Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP).

Tinjauan Harian Metro mendapati kerja baik pulih dijalankan dan tiada papan tanda jelas mengenai projek terbabit.

Sementara itu, jurucakap jawatankua­sa masjid terbabit berkata, projek itu diteruskan berdasarka­n majoriti suara waris yang memberi kebenaran.

Katanya, projek itu juga dilakukan menerusi permohonan yang dilakukan kepada MAINPP selain perhatian Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang.

“Isu ini selesai, tidak perlu dipanjangk­an kerana ia untuk kebaikan bersama dan sekiranya masih ada waris tidak berpuas hati, diminta tampil berjumpa jawatankua­sa masjid,” katanya.

 ??  ?? TANAH Perkuburan Islam Masjid Maqbul, Jalan Kampung Masjid, Teluk Kumbar.
TANAH Perkuburan Islam Masjid Maqbul, Jalan Kampung Masjid, Teluk Kumbar.
 ??  ?? TANAH digunakan dicemari sampah, hitam dan berbau busuk.
TANAH digunakan dicemari sampah, hitam dan berbau busuk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia