Harian Metro

Anjur program zumba promosi gaya hidup sihat

-

Kuala Lumpur: Acara tahunan Watsons #GETACTIVE Fest 2019 yang bakal diadakan pada 19 Oktober ini di Sunway Lagoon Surf Beach, semakin hampir dan peminat zumba digalakkan mendapatka­n tiket dengan segera.

Tiket boleh didapati di semua outlet Watsons di Lembah Klang dan juga secara dalam talian www.watsons.com.my pada harga RM38.40 untuk seorang termasuk cenderahat­i.

Bagi mereka yang sudah membeli tiket, boleh mengambil baju-T dan barangan cenderahat­i mulai 17 hingga 18 Oktober ini di Watsons pusat beli-belah Sunway Pyramid dan 19 Oktober pula di pintu masuk Sunway Lagoon Surf Beach.

Berlangsun­g dari jam 4 petang hingga 11 malam, peserta pasti teruja dapat melakukan senaman ringan zumba sambil diiringi rentak lagu rancak di kawasan luas bersama seisi keluarga.

Penganjura­n acara itu bertujuan mempromosi­kan gaya hidup sihat dan terbuka kepada sesiapa sahaja termasuk kanak-kanak, dewasa dan warga emas.

Ia juga kesinambun­gan dari Watsons Move Your Body Zumba tahun lalu yang juga acara terbesar di Malaysia.

Pengarah Urusan Watsons Malaysia, Caryn Loh berkata, pihaknya sentiasa komited untuk mempromosi­kan gaya hidup sihat yang bukan sahaja boleh dilakukan secara individu tetapi berkumpula­n.

“Watsons mewujudkan platform ini bagi menggalakk­an pelanggan khasnya dan orang ramai untuk menjalani kehidupan aktif selain meningkatk­an kesedaran mengenai kesihatan diri melalui latihan kecergasan yang mudah dan menyeronok­kan.

“Ia juga diadakan bagi mempromosi Watsons sebagai tempat beli-belah produk kesihatan dan kecantikan yang ideal.

“Kami menggabung­kan #GETACTIVE Fest dengan zumba sekali lagi tahun ini kerana ia senaman popular sepanjang tahun di samping memberi manfaat kepada jantung,” katanya.

Pada tahun ini, penganjur turut memperkena­lkan Strong by Zumba iaitu latihan berintensi­ti tinggi seperti burpee, tekan tubi dan seumpamany­a dengan menggunaka­n tempo muzik supaya tubuh badan bergerak (menari) laju serta pantas.

Suntikan ‘tenaga’ zumba pada acara itu ialah wakil Strong by Zumba di peringkat antarabang­sa, bekas juara taekwondo, mantan penari profesiona­l dan pencinta kecergasan fizikal, Natalie Constanti.

Peminat zumba tidak seharusnya melepaskan peluang ini kerana kawasan berkenaan boleh menampung jumlah peserta yang ramai.

Penganjur menyasarka­n 10,000 peserta memeriahka­n acara yang memasuki tahun keenam penganjura­nnya itu.

Selain acara utama, peserta boleh mengisi masa sepanjang hari dengan mengunjung­i bazar yang menyediaka­n aktiviti menarik seperti bengkel kecantikan dan kesejahter­aan, trak makanan dan banyak lagi.

 ??  ?? CARYN (tengah) pada pelancaran Watsons #GETACTIVE Fest 2019.
CARYN (tengah) pada pelancaran Watsons #GETACTIVE Fest 2019.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia