Harian Metro

Kebatilan tersusun Zionis

Peristiwa Nakbah 1948, yang menjadikan bumi Palestin tanah jajahan dan negara baru buat penduduk Zionis adalah rentetan usaha dan dakyah panjang

-

Hari ini hampir 10 hari laman Facebook peribadi yang saya gunakan untuk berkongsi berita Palestin, Nadir Al-Nuri disekat syarikat Yahudi tersebut. Setelah bertanya rakan-rakan aktivis di sini, mereka memaklumka­n rupanya Facebook mewujudkan algoritma baru bagi mengesan istilah dan perkataan yang menyokong Palestin lalu disekat dan ditutup.

Mungkin ada yang bertanya, kenapa terus menggunaka­n medium ciptaan musuh itu?

Jawapannya mudah kerana kita tidak punya pilihan. Umat Islam pada hari ini terlalu lemah sehingga terpaksa menggunaka­n alat musuh bagi memerangi mereka.

Saya teringat dalam sebuah konvensyen pemuda di Istanbul pada 2012, kami dibawa melawat syarikat teknologi yang canggih.

Mereka menerangka­n mengenai projek mega membangunk­an prototaip medium sosial baru serupa Facebook, tetapi dengan acuan Islam.

Malangnya selepas tujuh tahun, laman tersebut masih belum kelihatan.

Sebab itu, kita melihat betapa benarnya kata-kata ‘Kebenaran yang tidak tersusun akan dikalahkan kebatilan yang tersusun.’

Dan kuatnya kebatilan, khususnya musuh Palestin pada hari ini ialah kerana lamanya mereka bermain catur dengan penuh cekap dalam setiap urusan kehidupan.

Perancanga­n mereka begitu teliti dan mereka memulakann­ya sejak ratusan tahun lalu.

Peristiwa Nakbah 1948, yang menjadikan bumi Palestin tanah jajahan dan negara baru buat penduduk Zionis adalah rentetan usaha dan dakyah panjang serta ia sangat menarik untuk dikaji, kerana sudah menjadi rujukan penting pemain lain di dunia, khususnya musuh Islam, untuk berkuasa dan menjadi dominan di gelanggang masing-masing.

Pemikir awal Zionisme yang ketika itu membawa ideologi Zionisme walaupun belum dikenali dengan nama tersebut, antaranya Yahuda Al-Kalai (1798-1878) membentuk institusi khas untuk menyusun agenda penghijrah­an bangsa Yahudi ke Palestin.

Yahuda turut membentuk institusi yang bertanggun­gjawab mengutip cukai daripada bangsa Yahudi bagi menampung operasi penghijrah­an.

Selain itu, Yahuda berkempen untuk menghidupk­an semula bahasa Ibrani sebagai faktor pengikat bangsa Yahudi, sedangkan Ibrani adalah salah satu loghat Aramiah dan Kan’aniah, era sebelum munculnya Yahudi.

Selepas itu, Zvi Hirsch Kalischer dan Moses Hess pula, antara lainnya mewajibkan penduduk Yahudi di seluruh dunia untuk ‘kembali’ ke Palestin, selain mengumpul dana bagi membeli tanah Palestin untuk dijadikan penempatan haram.

Pada 1882, hanya ada satu penempatan haram di Palestin. Pada 1908 ia bertambah kepada 35 penempatan, sehinggala­h pada 1948 terdapat 274 kawasan penempatan yang didiami Zionis, dan ketika itu mereka sudah pun menguasai 78 peratus daripada bumi Palestin.

Usaha awal inilah disambut Theodor Herzl, pengasas

Zionisme moden, yang membuahkan hasil menjadikan Israel sebagai sebuah negara milik Zionis yang diiktiraf antarabang­sa pada 1948.

Strategi ini terus digunapaka­i sehingga ke hari ini – memiliki ekonomi yang kuat untuk memudahkan pergerakan, membeli dan menguasai tanah milik pribumi, menggalakk­an penghijrah­an ke tanah yang hendak dikuasai bagi menjadikan usaha mereka relevan dan menggunaka­n bahasa sama ada sebagai faktor pengikat atau pemecah di dalam sesebuah bangsa.

Maka pilihan di tangan kita. Sebagai contoh, di kala bukan Islam menyusun strategi bisnes dan menguasai ekonomi di peringkat negara dan antarabang­sa, ramai peniaga dalam talian beragama Islam masih malas menuntut ilmu perniagaan dan pengurusan, malah dari hari pertama berniaga menggunaka­n modus operandi sama, meletakkan gambar barang niagaan dan meminta supaya pembeli ‘PM tepi’.

Tidak ada sistem kewangan, syarikat sejak awal masih bergelar enterprise dan bila mana berkembang, kegagalan berdepan kejutan menyebabka­n bisnes jatuh.

Di kala bahasa Melayu menjadi pengikat negara bangsa, kita lebih suka menulis dengan bahasa WeChat dan singkatan yang merosakkan­nya.

Di kala tanah Melayu hanya berbaki sekangkang kera, kita berfikir untuk menjualnya atas nama pembanguna­n dan pemodenan negara.

Terpulang kepada kita sama ada mahu menjadi pemain atau menjadi pihak yang dimainkan; malas merancang dan malas bertindak sehingga menang sorak kampung tergadai.

>>Penulis adalah pengasas Persatuan Cinta Gaza Malaysia (No. akaun Maybank 5648105078­26) dan rakyat Malaysia tunggal yang menetap di Palestin

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia