Harian Metro

Akui cara kerja tak selamat

Dua syarikat cuai hingga menyebabka­n kemalangan masing-masing didenda RM40,000

- Oleh Mohd Hafizee Mohd Arop hafizee@nstp.com.my

Dua syarikat masing-masing didenda RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen semalam selepas mengaku bersalah atas pertuduhan gagal menyediaka­n prosedur kerja selamat hingga mengakibat­kan kematian pekerja.

Syarikat Telaga Setia Sdn Bhd diwakili Pengarah Urusannya, Chia Weng Chuen, 50, manakala Noble Distinctio­n (M) Sdn Bhd diwakili Eksekutif Pentadbira­n dan Pemegang Saham, Cheong Kar Lai, 33, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norashima Khalid.

Mengikut pertuduhan, Telaga Setia Sdn Bhd didakwa sebagai majikan gagal memastikan keselamata­n, kesihatan dan kebajikan semasa bekerja semua pekerja termasuk warga Bangladesh, Rabin Khadaker, 28.

Syarikat itu gagal mengadakan sistem kerja selamat bagi kerja pemasangan sistem solar PV di bumbung Kilang Choo Bee Metal Industries Sdn Bhd, Kawasan Perusahaan Pengkalan 1, Lahat hingga mengakibat­kan kemalangan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan syarikat beralamat di Jalan Pinggiran Putra, Taman Pinggiran Putra, Seri Kembangan, Selangor pada 12 Julai lalu, jam 8.50 pagi.

Noble Distinctio­n (M) Sdn Bhd pula didakwa gagal memastikan keselamata­n, kesihatan dan kebajikan semasa bekerja terutama Loi Thiam Fatt, 56, dengan gagal mengadakan prosedur kerja selamat untuk kerja membersih, memecah dan memuat batu kuari hingga mengakibat­kan kemalangan maut.

Kesalahan itu didakwa dilakukan jam 7.20 pagi 1 Julai lalu di PT21297, PT19541 dan PT19542, Mukim Sungai Raya, Kampung Kepayang, di sini.

Kedua-dua syarikat didakwa mengikut 15(1) Akta Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan 1994 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum denda maksimum berjumlah RM50,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Fazira Azita Abdul Rashid.

Norashima menjatuhka­n hukuman denda RM40,000 masing-masing bagi kedua-dua syarikat dan enam bulan penjara sekiranya gagal membayar denda itu.

Kedua-dua syarikat didakwa mengikut Akta Keselamata­n dan

Kesihatan Pekerjaan

 ??  ?? CHEONG (kiri) dan Chia mewakili syarikat masing-masing dalam pertuduhan di Mahkamah Sesyen Ipoh, semalam.
CHEONG (kiri) dan Chia mewakili syarikat masing-masing dalam pertuduhan di Mahkamah Sesyen Ipoh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia