Harian Metro

Pergi sebelum terima sarjana

- Norzamira‘ Che Noh am@hmetro.com.my

Isteri ambil ijazah suami meninggal akibat kanser sebulan selepas tamat pengajian komunikasi

Impian seorang graduan untuk menjadi pensyarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) tidak kesampaian apabila dia meninggal dunia sebulan selepas tamat pengajian peringkat ijazah sarjana.

Syed Shahfuddin Syed Zainal Abidin, 52, graduan Sarjana Komunikasi Massa UiTM meninggal dunia akibat kanser limfoma pada 12 Januari lalu.

Isterinya, Nor Aziah Yahya, 45, berkata, semua berlaku terlalu pantas dan beliau tidak menyangka suami menghidap penyakit berbahaya.

“Arwah menyambung pengajian di peringkat sarjana kerana mahu menjadi pensyarah malah bercadang mahu berhenti kerja sebagai pengarah akaun sebuah syarikat pengiklana­n apabila berusia 55 tahun.

“Dia memang sihat ketika mula menyambung pengajian pada 2015 dan sepatutnya tempoh pengajian sarjana itu adalah dua tahun setengah. Bagaimanap­un, akibat kekangan masa, dia

mengambil masa empat tahun,” katanya.

Nor Aziah ditemui selepas menerima ijazah Sarjana Komunikasi Massa bagi pihak arwah suaminya di Istiadat Konvokesya­n UiTM ke-91, kelmarin.

Ijazah berkenaan disampaika­n Naib Canselor UiTM, Profesor Dr Mohd Azraai Kassim.

Katanya, tugasan terakhir suaminya di universiti adalah pada 26 Disember tahun lalu iaitu tiga minggu sebelum disahkan menghidap kanser limfoma tahap empat.

Nor Aziah berkata, pada awalnya, arwah suami mengadu tidak selesa di perut dan hasil pemeriksaa­n awal, pihak hospital gagal mengesan kanser yang dialaminya.

Arwah sambung pengajian mahu jadi pensyarah”

Nor Aziah Yahya

“Selepas tiga minggu baru dapat pastikan ia adalah kanser limfoma dan dia meninggal dunia tidak lama selepas itu.

“Walaupun impiannya tidak kesampaian, usaha dan masa yang dikorbanka­n untuk mendapatka­n ijazah ini pasti menjadi kebanggaan dan pembakar semangat untuk anak kami,” katanya.

 ??  ?? NOR Aziah mengambil ijazah allahyarha­m suaminya pada Istiadat Konvokesye­n Universiti Teknologi MARA (UiTM) ke-91, semalam.
NOR Aziah mengambil ijazah allahyarha­m suaminya pada Istiadat Konvokesye­n Universiti Teknologi MARA (UiTM) ke-91, semalam.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia