Harian Metro

Tiada lagi kompromi

JPJ akan bertindak terhadap pemandu e-hailing langgar undang-undang

- Oleh Hairulazim Mahmud azim@hmetro.com.my

“Tiada kompromi, kita akan ambil tindakan tegas terhadap pemandu e-hailing mulai 12 Oktober,” tegas Pengarah Penguat Kuasa Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ), Khairul Anwar Bachok.

Beliau berkata, Kementeria­n Pengangkut­an sudah memberi tempoh yang panjang kepada pemandu dan operator e-hailing untuk memenuhi syarat serta peraturan baharu.

Katanya, JPJ akan bertindak sekiranya mereka yang terbabit melanggar undang-undang.

“Bagi saya, kita akan tangkap satu-satu dan kumpulkan mereka untuk diambil tindakan,” katanya kepada media di sini, semalam.

Kelmarin, Menteri Pengangkut­an, Anthony Loke Siew Fook menegaskan, penguatkua­saan peraturan e-hailing akan dikuatkuas­akan Sabtu ini tanpa penangguha­n lagi.

Pemandu e-hailing sebelum ini membantah peraturan baharu penukaran kod kenderaan ke AH (e-hailing persendiri­an) dan mencetak Permit Kenderaan e-hailing (eVP) sedangkan tidak perlu dilakukan oleh pemandu atau pemilik kenderaan terbabit.

Kod AH antaranya adalah untuk JPJ mengenal pasti kenderaan persendiri­an individu dan e-hailing.

Selain itu, ia untuk memastikan ia menjalani pemeriksaa­n Pusat Pemeriksaa­n Kenderaan Berkompute­r (Puspakom).

Dalam perkembang­an lain, Khairul Anwar memberi amaran kepada kenderaan perkhidmat­an awam khususnya bas pekerja di seluruh negara supaya mematuhi undang-undang untuk meneruskan operasi mereka.

“JPJ melalui Ops Kesan sudah menyita 11 bas pekerja dan sebuah van persendiri­an di sekitar kawasan ini.

“Antara kesalahan yang dilakukan ialah lesen kenderaan tamat tempoh, tiada lesen memandu dan tiada lesen pengendali,” katanya. Katanya, ops itu bertujuan mengambil tindakan terhadap bas pekerja mengikut Akta Pengangkut­an Jalan 1987 dan Akta Pengangkut­an Awam Darat 2010.

“JPJ memandang serius perkara ini dan akan giat melaksanak­an operasi dari semasa ke semasa dengan kerjasama agensi lain,” katanya.

Kita akan tangkap dan kumpulkan mereka untuk diambil tindakan Khairul Anwar

Bachok

 ??  ?? KHAIRUL Anwar menunjukka­n bas pekerja yang disita kerana kesalahan seperti tidak mempunyai tulisan bas pekerja dan tidak mempunyai cukai jalan, semalam.
KHAIRUL Anwar menunjukka­n bas pekerja yang disita kerana kesalahan seperti tidak mempunyai tulisan bas pekerja dan tidak mempunyai cukai jalan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia