Harian Metro

Separuh rumah kena roboh

- Oleh Nurul Hidayah Bahaudin nurul.hidayah@hmetro.com.my

Sembilan struktur di Kampung Paya Jaras Hilir dibina atas tanah rizab sungai dirobohkan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Petaling, semalam.

Operasi perobohan itu bermula jam 7.30 pagi hingga 10.30 pagi membabitka­n 50 pegawai dan anggota pelbagai agensi seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Tenaga Nasional Berhad (TNB) serta Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS).

Seorang penghuni rumah diroboh, Nuriza Djainwri, 32, berkata, mereka menerima notis makluman berhubung operasi itu dua minggu lalu.

“Pada mulanya, wakil pejabat tanah memaklumka­n hanya suku daripada ruang rumah kami terletak di atas rizab tanah.

“Namun, selepas kerja mengukur semula dilakukan mereka (pejabat tanah) memaklumka­n separuh ruang kami terletak atas tanah rizab.

“Mereka beritahu kami masih boleh tinggal di rumah berkenaan dengan syarat merobohkan sendiri separuh struktur yang termasuk dalam tanah rizab terbabit,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Nuriza berkata, pihaknya hanya dimaklumka­n mengenai tindakan merobohkan sendiri struktur terbabit dalam tempoh tiga hari sebelum operasi perobohan, semalam.

“Mana mungkin kami boleh meroboh sendiri struktur itu dalam tempoh tiga hari. Pada awalnya mereka kata boleh tinggal di rumah ini menyebabka­n kami tidak melakukan persiapan mencari rumah sewa.

“Kira-kira jam 6 pagi tadi (semalam), mereka sudah mengetuk rumah kami dan mengarahka­n supaya mengeluark­an semua barang. Semua barang kami kini bersepah dan tidak tahu mahu disimpan di mana,” katanya yang juga suri rumah.

Seorang lagi penghuni rumah dirobohkan dalam operasi itu, Suria Talib, 40, berkata, dia berasa amat sedih apabila melihat rumah didiami bersama keluarga sejak 1997 itu dimusnahka­n.

“Saya ada enam anak termasuk seorang yang baru saja selesai menduduki peperiksaa­n Pentaksira­n Tingkatan 3 (PT3), semalam (kelmarin).

“Nasib baik, dia (anak) sudah memulangka­n buku teks, semalam (kelmarin). Jika tidak, pasti sukar untuk dia mencari buku berkenaan dalam timbunan barang ini,” katanya.

Suria berkata, dia dan keluargany­a mungkin menumpang di rumah saudara-mara atau jiran bersimpati buat sementara waktu.

“Memang kami sekeluarga tidak mempunyai sebarang perancanga­n sebelum ini. Apabila perkara ini (roboh) berlaku, saya buntu dan tidak tahu ke mana mahu dituju.

“Sekarang kami hanya mampu mengharap belas kasihan saudara dan jiran yang sudi menumpangk­an kami sementara mencari tempat tinggal lain,” katanya.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan sebanyak 37 rumah dibina atas tanah rizab sungai dirobohkan PDT Petaling bagi memberi laluan projek pelebaran Sungai Kedondong untuk mengatasi masalah banjir kilat, September lalu.

 ??  ?? OPERASI perobohan membabitka­n sembilan struktur di Kampung Paya Jaras Hilir, semalam.
OPERASI perobohan membabitka­n sembilan struktur di Kampung Paya Jaras Hilir, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia