Harian Metro

40 kali pindah

Warga emas buat persiapan awal hadapi banjir

- Oleh Ramli Ibrahim am@hmetro.com.my

Mak cik hampir tenggelam ketika tidur susulan lantai rumah dilimpahi air

Mariam Yusoff

Selepas empat kali berdepan detik cemas apabila hampir ditenggela­mi banjir ketika tidur, seorang nenek berusia 93 tahun yang tinggal di Kampung Limau Kasturi, dekat sini, membuat persiapan awal berdepan musim tengkujuh tahun ini.

Mariam Yusoff yang juga warga emas yang paling berusia tinggal di kampung berkenaan mengakui 40 kali berpindah kerana rumahnya hampir ditenggela­mi banjir setiap kali musim tengkujuh.

“Detik paling cemas dihadapi apabila empat kali badan mak cik hampir tenggelam ketika tidur susulan lantai rumah dilimpahi air pada waktu tengah malam sebelum bergegas berpindah.

“Kejadian itu berlaku sekitar lima hingga 10 tahun lalu memandangk­an mak cik tinggal seorang diri dan sedar-sedar badan basah berada dalam air,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Ibu tunggal itu berkata, berikutan pengalaman kerap berdepan kejadian banjir setiap akhir tahun, dia terpaksa berkemas lebih awal barangan penting di tempat selamat.

Katanya, dia membina tempat khusus lebih tinggi untuk menyimpan semua pakaian supaya tidak perlu membawa semuanya ke pusat pemindahan banjir.

“Kejadian banjir di kampung ini tidak boleh diramal kerana ada kalanya berlaku banjir dua hingga tiga hari, bergantung kepada hujan.

“Kadang-kala mak cik pindah awal ke masjid kampung ini jika hujan lebat berterusan bagi mengelakka­n daripada terperangk­ap,” katanya yang mempunyai enam anak namun semuanya mempunyai keluarga masing-masing.

Katanya, apabila hujan lebat berterusan lebih enam jam tanpa henti, Sungai Galas akan melimpah menyebakan kawasan rendah ditenggela­mi banjir.

“Mak cik sebelum ini tinggal di rumah kayu yang dibina arwah suami, namun ia runtuh dibawa arus deras dalam kejadian banjir besar Disember 2014.

“Kerajaan sudah bina rumah baharu untuk mak cik, namun rumah ini tetap tenggelam setiap kali musim tengkujuh kerana dibina di tempat rendah.

“Rumah mak cik tidak banyak kelengkapa­n berikutan tidak mampu membelinya kerana sudah berulang kali menanggung kerugian apabila dilanda banjir,” katanya.

 ?? FOTO: ??
FOTO:
 ?? RAMLI IBRAHIM ?? MARIAM menunjukka­n ruang rumah yang kosong kerana banyak barangan termasuk perabot rosak akibat banjir.
RAMLI IBRAHIM MARIAM menunjukka­n ruang rumah yang kosong kerana banyak barangan termasuk perabot rosak akibat banjir.
 ??  ?? TEMPAT khas dibina Mariam untuk menyimpan barangan dan pakaian sekiranya banjir.
TEMPAT khas dibina Mariam untuk menyimpan barangan dan pakaian sekiranya banjir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia