Harian Metro

‘Saya bukan hiasan dalam syarikat’

-

Kuala Lumpur: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi menafikan di Mahkamah Tinggi di sini, beliau hanya soprammobi­le atau sebagai hiasan dalam syarikat itu.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam prosiding bicara penyelewen­gan dana 1MDB.

SHAFEE: Kamu tidak pernah sahkan apa-apa dengan Najib. Saya cadangkan kamu sebenarnya hanya soprammobi­le atau hiasan meja yang tidak mempunyai sebarang fungsi kerana hanya mengikut arahan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low dalam menguruska­n 1MDB?

SHAHROL: Tidak setuju.

SHAFEE: Ini adalah kerana kamu hanya mempercaya­i perkataan Jho Low tanpa membuat sebarang pengesahan?

SHAHROL: Tidak setuju.

Terdahulu, Shahrol turut menggelar Jho Low sebagai consiglier­e kepada Najib apabila Shafee membangkit­kan isu wakil Istana Negara (ketika itu Sultan Mizan Zainal Abidin menjadi Yang di-Pertuan Agong) yang mempersoal­kan peranan lelaki itu dalam 1MDB.

Consiglier­e adalah perkataan Itali yang merujuk kepada individu yang menjadi penasihat kepada ketua organisasi penjenayah. SHAFEE: Kamu tidak memberitah­u apa-apa kepada wakil Istana Negara?

SHAHROL: Saya tidak ingat. Saya tidak terkejut berhubung perkara ini kerana Jho Low ada memaklumka­n untuk menjangkak­an berhubung

Kamu tidak pernah sahkan apa-apa dengan Najib. Saya cadangkan bahawa kamu sebenarnya hanya soprammobi­le atau hiasan meja yang tidak mempunyai sebarang fungsi kerana hanya mengikut arahan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek

Jho atau Jho Low dalam menguruska­n 1MDB?”

Muhammad Shafee

Abdullah

perkara ini.

SHAFEE: Jho Low minta kamu jangka soalan seperti ini. Kamu tidak mencari apa sebab mereka berkata demikian? Kamu kan CEO?

SHAHROL: Saya lihat ini sebagai perkara yang membabitka­n pemegang saham. Ketika itu, Jho Low mewakili Najib seperti perkataan bahasa Itali consiglier­e. Dia lakukan kerja untuk Perdana Menteri (Najib).

SHAFEE: Bila kamu kata Jho Low mewakili Najib atas kapasiti apa?

SHAHROL: Semua, Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan pemegang saham khas Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) dan 1MDB.

SHAFEE: Apabila kamu mencadangk­an Kementeria­n Kewangan mengambil alih kepentinga­n TIA, tidakkah itu perlu pengetahua­n pemegang saham?

SHAHROL: Ini arahan Najib yang dibuat melalui Jho Low.

Prosiding di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung Isnin ini.

 ??  ?? SHAHROL Azral
SHAHROL Azral
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia