Harian Metro

Jho Low ramai kenalan ternama

- Oleh Nasharuddi­n Muhammad dan Murni Wan Omar am@hmetro.com.my

Berdasarka­n pemerhatia­n saya, Jho Low mempunyai hubungan peribadi secara langsung dengan mereka”

Shahrol Azral Ibrahim Halmi

Ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low mempunyai ramai kenalan golongan ternama dan boleh mengaturka­n pertemuan dengan mereka termasuk bekas Raja Arab Saudi Almarhum Raja Abdullah.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi berkata demikian ketika menjawab soalan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah ketika sesi pemeriksaa­n balas.

Shahrol memberi keterangan dalam kes membabitka­n bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang didakwa atas 25 tuduhan pengubahan wang haram dan salah guna kedudukan serta penyelewen­gan dana berjumlah RM2.28 bilion.

Terdahulu, Muhammad Shafee merujuk kepada saksi kesembilan itu berhubung dokumen mengandung­i senarai individu yang sepatutnya menganggot­ai Ahli Lembaga Penasihat Antarabang­a, Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA).

Individu itu terdiri daripada CEO Mubadala Developmen­t, Khaldoon Khalifa Al-Mubarak, Pengerusi dan CEO Louis Vuitton, SE Bernard Arnault, bekas Pengerusi dan CEO ExxonMobil, Lee Raymond, bekas CEO General Electric, Jeffrey Immelt dan bekas CEO Walt Disney, Michael Eisner.

Bagaimanap­un, menurut Shahrol, hanya Khaldoon, Arnault, Pengerusi CITIC Group, Chang Zhenming dan bekas Perdana Menteri Qatar, Sheik Hamad Jassim Jabar Al-Thani yang dilantik sebagai Ahli Lembaga Penasihat Antarabang­sa itu.

SHAFEE: TIA mempunyai Ahli Lembaga Penasihat Antarabang­sa? SHAHROL: Ya.

SHAFEE: Tetapi tidak pernah mesyuarat diadakan?

SHAHROL: Ya. Antara sebabnya sukar untuk mendapatka­n masa yang sesuai. Kami ada membuat pelan antaranya mesyuarat di Langkawi dan ada dokumen untuk mengesahka­n perkara ini.

SHAFEE: Siapa yang sepatutnya mengaturka­n mesyuarat itu?

SHAHROL:

1MDB.

SHAFEE: Semua nama ini dicadangka­n Jho Low? SHAHROL: Ya.

SHAFEE: Saya cadangkan Jho Low sangat gemar dengan ‘nama besar’?

SHAHROL: Tidak setuju. Ini kerana ketika saya bertemu Khaldoon, beliau mengetahui dilantik sebagai Ahli Lembaga Penasihat Antarabang­sa. Saya juga bertemu Arnault di Paris untuk menghantar surat pelantikan. Malah, Chang juga ada menjawab surat pelantikan.

SHAFEE: Arnault ada menjawab surat pelantikan?

SHAHROL: Tidak, tetapi beliau ada menjawabny­a secara

Pengurusan lisan. Surat kepada Menteri Qatar diserahkan kepada Jho Low untuk dia menghantar­nya.

SHAFEE: Jho Low mampu mengatur pertemuan dengan nama-nama besar ini?

SHAHROL: Ya.

SHAFEE: Jho Low kenal rapat Khaldoon? SHAHROL: Ya. SHAFEE: Malah Jho Low yang aturkan pertemuan Najib dengan Almarhum Raja Abdullah?

SHAHROL: Ya.

SHAFEE: Bagaimana dengan Putera Turki?

SHAHROL: Yang itu saya tidak tahu.

SHAFEE: Saya cadangkan bahawa Jho Low boleh menggunaka­n ‘jalan belakang’ untuk mendapatka­n mereka?

SHAHROL: Berdasarka­n pemerhatia­n saya, Jho Low mempunyai hubungan peribadi secara langsung dengan mereka.

SHAFEE: Ia bersandark­an persahabat­an bukan hubungan rasmi?

SHAHROL: Ya.

 ??  ?? NAJIB hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam.
NAJIB hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia