Harian Metro

Keluarga Altantuya tarik balik rayuan

-

Putrajaya: Keluarga model Mongolia, mendiang Altantuya Shaariibuu semalam menarik balik rayuan mereka terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan untuk mengguna pakai keputusan sabitan jenayah di Mahkamah Persekutua­n berhubung kes pembunuhan model itu, dalam saman sivil.

Peguam Sangeet Kaur Deo yang mewakili keluarga Altantuya memaklumka­n panel tiga anggota Hakim Mahkamah Rayuan berhubung penarikan balik rayuan itu tanpa sebarang perintah kos.

Hakim Datuk Dr Badariah Sahamid yang mempengeru­sikan panel itu kemudian mengetepik­an rayuan berkenaan.

Turut bersidang ialah Hakim Datuk Harmindar Singh Dhaliwal dan Datuk Nor Bee Ariffin.

Keluarga itu - bapa Altantuya Dr Shaariibuu Setev, ibunya Altantsets­eg Sanjaa serta dua anak lelaki Altantuya, Mungunshag­ai Bayarjarga­l dan Altanshaga­i Munkhtulga – memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 1 Okt 2018, yang menolak permohonan mereka untuk menggunaka­n bukti dalam keputusan Mahkamah Persekutua­n yang telah mensabitka­n dua anggota polis dalam pembunuhan itu, dalam saman sivil RM100 juta mereka.

Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu, Datuk Vazeer Alam Mydin Meera yang kini merupakan Hakim Mahkamah Rayuan berkata, Seksyen 43 Akta Keterangan tidak membenarka­n penggunaan sabitan jenayah dalam kes sivil.

Keluarga Altantuya memfailkan tuntutan saman pada 4 Jun 2007 dengan mendakwa kematian model itu telah menyebabka­n mereka mengalami trauma mental dan psikologi serta menuntut ganti rugi termasuk tuntutan pergantung­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia