Harian Metro

Galak 60% beli barang kita

Kerajaan terus tingkat kesedaran kepentinga­n utamakan produk keluaran Malaysia

- Oleh Hamizah Badiran hamizah@hmetro.com.my

Melalui promosi jualan agresif dilakukan pihak kementeria­n seperti bekerjasam­a dengan pemain industri termasuk platform e-dagang dan sebagainya, tidak mustahil angka sasaran itu dapat dicapai”

Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyasarka­n kira-kira 60 peratus tahap kesedaran masyarakat mengenai kepentinga­n membeli barang buatan Malaysia dapat dicapai tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata sasaran itu dianggap realistik dengan apa yang ditawarkan oleh pemain industri runcit khususnya pada ketika ini di mana kebanyakan daripadany­a turut memiliki produk in house mereka sendiri.

Katanya, Kempen Beli Barangan Malaysia dijalankan sejak 1984 dan kini menerusi pelbagai saluran promosi jualan yang agresif dilakukan pihak kementeria­n seperti bekerjasam­a dengan pemain industri termasuk platform e-dagang dan sebagainya, tidak mustahil angka sasaran itu dapat dicapai.

“Kali terakhir kajian impak dilakukan mengenai kempen ini adalah pada 2014 dengan keputusan mendapati hanya 42 peratus rakyat Malaysia membeli barangan buatan Malaysia.

“Justeru, seiring dengan pelbagai inisiatif, program dan manfaat diperoleh oleh semua pihak yang terbabit melalui kempen tahun ini, saya sangat optimis di pengakhira­nnya, kempen ini akan berjaya,” katanya ketika merasmikan Kempen Beli Barangan Malaysia di Peringkat Pasaraya Econsave, dekat sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Perdaganga­n Dalam Negeri) KPDNHEP, Datuk Badrul Hisham Mohd dan Pengurus Besar Econsave Cash & Carry Sdn Bhd, Mas Imran Adam.

Pada majlis berkenaan, Saifuddin turut melakukan tinjauan beberapa produk barangan Malaysia dan jenama in house Econsave.

Saifuddin berkata, menerusi kempen dilaksanak­an Econsave, pengguna akan menikmati penjimatan sehingga 20 peratus khususnya barangan keperluan antaranya lampin pakai buang, cecair pencuci pakaian dan barangan dapur.

“Usaha yang dilakukan Econsave harus dipuji kerana secara tidak langsung ia turut menyumbang kepada pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara,” katanya.

Sementara itu, Mas Imran berkata, menerusi kempen ini, sebanyak 1,000 barangan Malaysia terutama produk makanan di pasar raya berkenaan dikurangka­n harga antara lima hingga 20 peratus.

“Ini antara usaha kami dalam menyokong kempen yang dilaksanak­an oleh kerajaan agar pengguna mendapat manfaatnya,” katanya.

Saifuddin Nasution

 ??  ?? SAIFUDDIN (tiga dari kanan) melihat produk barangan Malaysia yang ditawarkan di Econsave selepas Majlis Kempen Beli Barangan Malaysia yang turut dihadiri Mas Imran (kiri).
SAIFUDDIN (tiga dari kanan) melihat produk barangan Malaysia yang ditawarkan di Econsave selepas Majlis Kempen Beli Barangan Malaysia yang turut dihadiri Mas Imran (kiri).
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia