Harian Metro

Mula perjalanan dengan tenang

Program Tweckbot Perodua pastikan kenderaan di tahap terbaik dengan pemeriksaa­n 50-poin

- Oleh Yusmizal Dolah Aling yusmizal@hmetro.com.my

Menyedari pentingnya keselamata­n kepada pengguna jalan raya, Perodua tampil dengan Tweckbot, pemeriksaa­n 50-poin bagi memastikan kenderaan berada pada tahap terbaik pada setiap pemanduan.

Merangkumi enjin, transmisi, sistem penyejukan, brek, stereng kuasa, klac, tayar, suspensi dan elektrik, pemeriksaa­n itu akan memberikan ketenangan minda yang menyeluruh untuk memulakan perjalanan selain inisiatif untuk memberikan perkhidmat­an dan kualiti kerja yang terbaik kepada pelanggan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, selama sembilan tahun Tweckbot beroperasi, pihaknya memberikan tumpuan kepada musim perayaan dengan program diadakan di beberapa lokasi termasuk lebuh raya.

“Namun, bermula tahun ini, program Tweckbot lebih aktif untuk mendekati ramai pelanggan di lokasi baharu sepanjang tahun seperti syarikat media, sekolah, universiti serta program anjuran kerajaan.

“Tweckbot kini berkunjung ke ibu pejabat media untuk menawarkan pemeriksaa­n kenderaan percuma serta menyebarka­n kesedaran mengenai keselamata­n jalan raya selari dengan Program Keselamata­n Jalan Raya Perodua,” katanya.

Program diadakan di Balai Berita Bangsar, semalam, untuk memberi ruang kepada kakitangan Media Prima Berhad dan The New Straits Times Press (M) Berhad memeriksa kenderaan Perodua mereka.

Zainal Abidin berkata, setakat ini, Tweckbot memeriksa lebih 8,000 kenderaan sejak dimulakan pada 2011 dan pelanggan yang memeriksa kenderaan Perodua mereka menerima baucar yang boleh digunakan untuk menebus diskaun 20 peratus bagi pembelian alat ganti dan aksesori di pusat servis Perodua yang sah.

Selain itu, katanya, pihaknya juga mengadakan kempen keselamata­n jalan raya kepada pelanggan menerusi kajian dan latihan yang dijalankan sebelum ini khusus bagi memastikan orang ramai mempunyai kesedaran mengenai pemanduan berhemah.

“Setakat ini, Tweckbot memeriksa lebih 8,000 kenderaan

Zainal Abidin

 ??  ?? KAKITANGAN di Balai Berita memeriksa kenderaan ketika program Tweckbot, semalam.
KAKITANGAN di Balai Berita memeriksa kenderaan ketika program Tweckbot, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia