Harian Metro

PPM tidak dibubar, terus jaga perairan negara

-

Georgetown: Pasukan Polis Marin (PPM) akan terus berfungsi menjaga kedaulatan perairan negara dan tidak akan dibubarkan berdasarka­n apa yang tersebar di media sebelum ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, perkara itu sudah dipersetuj­ui di peringkat Kabinet selepas beberapa perbincang­an dengan pihak berkenaan.

Beliau berkata, persetujua­n itu diperoleh tahun lalu selain disusuli penambahan aset PPM bagi tujuan pembantera­san jenayah marin di negara ini.

“Hasil mesyuarat di peringkat tertinggi, Menteri Dalam Negeri memutuskan status PPM dan Agensi Penguatkua­saan Maritim (APMM) kekal dalam status sedia ada.

“Malah PPM juga kini akan mendapatka­n semula beberapa aset daripada APMM termasuk dua kapal kelas PZ bagi tujuan operasi di kawasan berisiko,” katanya pada sidang media selepas hadir pada Hari Peringatan Polis Marin ke-72 di Batu Uban, semalam.

Abdul Hamid berkata, kedua-dua kapal yang akan diperoleh semula daripada APMM itu akan digunakan bagi tujuan mengawal keselamata­n di Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) yang sering menjadi lokasi rompakan dan penculikan.

Menurutnya, PPM mempunyai kepakaran membaiki dan membaik pulih kelengkapa­n mereka. Menerusi penambahan aset baru ini, pihaknya dapat mengurangk­an perbelanja­an negara kerana aset ini dibaik pulih di dalam negara.

Sehingga kini, PPM sudah memperoleh enam bot baru kelas Amphibian Humdinga bernilai RM29.5 juta dan dua bot ronda kelas PC (RM23.3juta) pada Mei 2019.

Selain itu katanya, PPM juga akan menerima dua kapal ronda bernilai RM200 juta melalui Rancangan Malaysia ke-11 dijangka pada 2020.

Menurutnya, selain perolehan aset baru serta persenjata­an lain, kebajikan anggota PPM akan diperkemas­kan termasuk cadangan untuk mendapatka­n bayaran insentif elaun marin sebanyak RM500 sebulan kepada 2,270 pegawai dan anggota PPM.

“Ia berdasarka­n risiko kerja , kesusahan dan tanggungja­wab tambahan kepada anggota PPM selain mengelak berlakunya rasuah.

“PPM juga satu-satunya unit dalam Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) yang tidak diberi sebarang elaun insentif,” katanya.

Beliau berkata, banyak jasa dan sumbangan PPM dalam membantera­s kegiatan jenayah di perairan negara termasuk beberapa siri pembantera­san aktiviti seludup, jenayah dan penceroboh­an warga asing di perairan negara.

“Sehingga kini PPM sudah merampas RM160 juta barang kontraband dan yakin mereka mampu mencapai sasaran rampasan RM200 juta menjelang hujung tahun ini,” katanya.

 ??  ?? ABDUL Hamid (kiri) beramah mesra dengan anggota yang menerima sijil penghargaa­n.
ABDUL Hamid (kiri) beramah mesra dengan anggota yang menerima sijil penghargaa­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia