Harian Metro

Utama skim sewa milik

Program tingkat kuasa pemilikan rumah, bantu kurang unit tak terjual

- Oleh Nabil Basaruddin nabil.basaruddin@hmetro.com.my

Skim Sewa Untuk Milik (RTO) wajar dijadikan sebagai antara intipati utama dalam pembentang­an Belanjawan 2020 pada 11 Oktober ini.

Presiden Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (MATA), Datuk Abd Aziz Abu Bakar berkata, usaha itu bukan saja dapat membantu meningkatk­an kuasa pemilikan rumah dalam kalangan rakyat, malah membantu pemaju mengurangk­an unit rumah tidak terjual.

Beliau berkata, pelaksanaa­n RTO berkenaan boleh dilakukan dengan pembabitan pihak pemaju sebagai penyedia rumah dan kerajaan menerusi kementeria­n berkaitan sebagai penguat kuasa dan pemantau dalam skim ini.

“Melalui skim ini juga, syarikat pemaju terbabit menawarkan rumah untuk disewa pada tempoh tertentu dan kemudianny­a memberi pilihan sama ada penyewa itu mahu memilikiny­a selepas itu.

“Dalam usaha menangani isu pemilikan rumah rakyat, skim RTO antara langkah yang bersesuaia­n dan wajar untuk diberikan perhatian bagi pelaksanaa­n sepenuhnya,” katanya kepada Bisnes Metro di sini, semalam.

Berdasarka­n laporan pasaran harta tanah bagi separuh pertama 2019 yang dikeluarka­n Jabatan Penilaian dan Perkhidmat­an (JPPH) mendedahka­n terdapat 32,810 unit kediaman siap dibina tidak terjual bagi tempoh masa itu dengan nilai RM19.76 bilion.

Dari aspek bilangan unit, ia menyaksika­n peningkata­n 1.5 peratus berbanding 32,313 unit pada separuh kedua 2018 namun mencatatka­n penurunan nilai sebanyak 0.5 peratus kepada RM19.86 bilion.

Abd Aziz berkata, permasalah­an berkaitan dalam sektor perumahan ini adalah begitu sensitif dan banyak perlu diteliti dan diberi perhatian supaya ia memberi manfaat kepada semua pihak.

Menurutnya, perkara yang menyebabka­n pemilikan menjadi begitu sukar untuk rakyat di negara ini khususnya mereka yang berpendata­n rendah dan tengah adalah harga rumah yang mahal.

“Sekiranya kerajaan menguatkua­sakan skim RTO untuk dilaksanak­an, pemantauan dan kawal selia yang ketat perlu dilakukan sebaiknya untuk kebaikan rakyat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia