Harian Metro

Buang aplikasi serang hendap polis

-

San Francisco: Apple Inc membuang aplikasi yang digunakan penunjuk perasaan di Hong Kong untuk menjejak pergerakan polis kerana melanggar peraturan selepas digunakan untuk menyerang hendap anggota polis.

Dalam satu kenyataan, Apple berkata, ia memulakan siasatan segera selepas ‘ramai pelanggan prihatin di Hong Kong’ menghubung­i syarikat itu mengenai aplikasi berkenaan, yang didapati membahayak­an penguat kuasa undang-undang dan penduduk.

“Aplikasi itu memaparkan lokasi polis dan kami mengesahka­n dengan Biro Jenayah Keselamata­n Siber dan Teknologi Hong Kong bahawa ia digunakan untuk menyasarka­n dan menyerang hendap polis, mengancam keselamata­n awam selain penjenayah menggunaka­nnya untuk mencari mangsa di kawasan penduduk yang diketahui tiada kawalan polis,” katanya.

Syarikat teknologi gergasi Amerika Syarikat (AS) itu sebelum ini diselar China kerana aplikasi berkenaan yang boleh diperoleh di App Store dengan akhbar rasmi Parti Komunis China menyelarny­a sebagai ‘beracun’ selain menuduh Apple berkomplot membantu penunjuk Kong.

Apple baru meluluskan aplikasi HKmap.live itu minggu lalu, yang menggunaka­n kaedah ‘crowdsourc­e’ iaitu kegiatan pengguna berkelompo­k untuk mendapatka­n lokasi polis dan penunjuk perasaan.

Apple turut membuang BackupHK, aplikasi berasingan yang bertindak sebagai cermin aplikasi induk HKlive.map.

Sementara itu, pengguna Twitter dipercayai pembangun aplikasi HKlive.map

perasaan

Hong tidak bersetuju dengan keputusan Apple, selain berkata, tiada bukti menyokong dakwaan polis Hong Kong bahawa ia digunakan dalam serang hendap.

Katanya, aplikasi itu menghimpun­kan bahan dari rangkaian sosial media, dan moderator membuang bahan yang mencadangk­an aktiviti jenayah, selain menghalang cubaan berulang untuk memuat naik kandungan seperti itu di dalamnya.

“Majoriti ulasan pengguna kami di App Store mencadangk­an HKmap memperbaik­i keselamata­n awam, bukan sebaliknya,” katanya. - Reuters

Kita berisiko memasuki November tanpa wang mencukupi untuk membayar gaji”

Guterres

 ??  ??
 ??  ?? TELEFON pintar memaparkan aplikasi HKmap.live di Hong Kong pada 10 Oktober 2019. - AFP
TELEFON pintar memaparkan aplikasi HKmap.live di Hong Kong pada 10 Oktober 2019. - AFP
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia