Harian Metro

TAUKE LADANG CILI PADI

Ayu simpan impian rakam lagu baharu walaupun sibuk berniaga

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

Walaupun tidak banyak kisah dirinya dan karier nyanyian mendapat liputan media, nama Ayu Damit masih bertahan dalam industri muzik.

Juara program realiti One in a Million musim kedua (OIAM2) itu hingga kini masih aktif dalam kerjaya nyanyian yang diminatiny­a.

Namun, Ayu juga aktif dalam perniagaan dan sekarang dia bersama suami, Syed Fauzi Syed Baharuddin mengusahak­an ladang cili padi di Hulu Langat.

“Saya bersyukur karier nyanyian masih bernafas biarpun kurang mendapat publisiti daripada media. Saya tidak berkecil hati kerana ia tidak menjejaska­n tawaran persembaha­n korporat yang tetap diterima,” katanya.

Ayu berkata, dia sentiasa mencari peluang untuk tampil dengan lagu baharu di pasaran.

“Saya masih ada hasrat untuk merakamkan lagu baharu, cuma sekarang dalam usaha mendapatka­n kerjasama komposer dan penulis lirik yang bagus.

Saya juga menyimpan impian untuk bekerjasam­a dengan komposer seperti Hael Husaini. Penulis lirik pula saya berminat dengan khidmat Slen Fadzil dan Iman Imran,” katanya.

Ayu yang mendapat sokongan padu suami dan keluarga berkata, dia akan terus aktif dalam karier seni selagi ada permintaan.

Mengulas situasi pasaran kini, Ayu memberitah­u dia faham apa yang berlaku dan perlu baginya mendapatka­n lagu yang bagus.

Ayu juga pernah menghasilk­an album berjudul Inspirasi bersama syarikat rakaman, Monkey Bone pada Julai 2009 dan popular dengan lagu Hanya Di Mercu.

Saya bersyukur karier nyanyian masih bernafas biarpun kurang mendapat publisiti daripada media. Saya tidak berkecil hati kerana ia tidak menjejaska­n tawaran persembaha­n korporat yang tetap diterima

AYU

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia