Harian Metro

PILIHAN PERABOT BERTEPATAN

Selain model contoh di galeri pengunjung boleh dapatkan khidmat nasihat

- Oleh Nabil Basaruddin nabil.basaruddin@ hmetro.com.my

rumah adalah impian setiap individu atau mereka yang sudah berkeluarg­a untuk dijadikan tempat berlindung, berkumpul dan berehat.

Pemilik rumah, khususnya pembeli pertama bertungkus­lumus melalui proses pembelian yang rumit, sudah tentu teruja mendiaminy­a sejurus pihak pemaju menyerahka­n kunci.

Bagaimanap­un, mereka berkemungk­inan berdepan dilema lain apabila memerlukan idea susun atur dan memilih perabot bersesuaia­n dengan ruang, keperluan serta kemampuan.

IKEA, jenama perabot dari Sweden mempunyai penyelesai­annya yang tersendiri menerusi model contoh untuk setiap ruang rumah sama ada ruang tamu, dapur, bilik mandi dan bilik tidur yang disediakan di galerinya.

Timbalan Pengarah Runcit IKEA Asia Tenggara, Gerard Jansen berkata, pihaknya percaya penciptaan bersama adalah penting menjadikan sesebuah rumah itu lebih ideal kepada penghuniny­a.

Beliau berkata, pihaknya menggalakk­an orang ramai khususnya mereka yang kali pertama memiliki rumah melawat gedung IKEA bagi mendapatka­n inspirasi serta idea seterusnya produk perabot yang bersesuaia­n.

“Kami mahu pengunjung merasai sendiri dan memilih perabot yang bertepatan dengan ruang yang ada menerusi Katalog 2020 IKEA yang tampil dengan set perabot baharu.

“Tujuan kami adalah untuk memberikan idea yang lebih banyak kepada mereka yang kerap keliru bagaimana menghias, menyusun dan memilih perabot rumah,” katanya.

Menurutnya, sekiranya mereka ingin mendapatka­n khidmat nasihat mengenai produk dengan lebih lanjut, pengunjung boleh terus berhubung dengan kakitangan yang bertugas dan sedia membantu di setiap set galerinya.

“Mereka boleh memberikan idea, nasihat serta tip penyusunan perabot atau mahu sesuatu yang berlainan daripada apa yang ditawarkan,” katanya.

Selain itu, Jansen berkata, pihaknya juga komited menjadikan perabot rumah lebih ringkas dan mudah serta tidak menimbulka­n kesukaran kepada pelanggan

Malah, katanya, IKEA turut menyediaka­n segala yang diperlukan pelanggann­ya di bawah satu jenama yang merangkumi pelbagai servis seperti pemasangan dan penghantar­an ke rumah, jahitan tekstil serta pilihan pembiayaan.

“Orang ramai juga boleh memiliki perabot dengan senang hati dan tanpa keraguan kerana perabot IKEA mempunyai polisi pemulangan semula dalam tempoh 365 hari,” katanya.

Katanya, kegilaan rakyat Malaysia terhadap IKEA juga menjadikan jenama ini terus berkembang sebagai jenama isi rumah yang popular sejak syarikat ini mula bertapak pada 1996.

“Secara faktanya, cawangan IKEA di

Kuala Lumpur juga secara konsisten berada di antara gedung yang tersibuk di dunia,” katanya.

IKEA mempunyai empat cawangan di Malaysia iaitu dua di Kuala Lumpur iaitu di Damansara dan Cheras serta satu di Tebrau, Johor dan Batu Kawan, Pulau Pinang.

 ??  ?? ANTARA set perabot di galeri IKEA.
JANSEN
ANTARA set perabot di galeri IKEA. JANSEN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia