Harian Metro

SASAR TARIK 1,000 EJEN, PERUNDING

Pasaran hartanah Didian turut ditawarkan dalam versi aplikasi mudah alih sejak 10 bulan lalu

- Oleh Sofyan Rizal Ishak sofyan.rizal@hmetro.com.my

Didian Realtor Sdn Bhd (Didian), firma teknologi hartanah terbaharu menyasarka­n menarik penyertaan seramai

1,000 ejen dan perunding hartanah melalui pasaran hartanah dalam taliannya, Didian dalam tempoh dua bulan akan datang.

Didian adalah pasaran hartanah perniagaan ke perniagaan (B2B) pertama di negara ini yang bertujuan membantu pemaju, ejen dan perunding hartanah berhubung serta memacu jualan hartanah untuk unit projek dalam pembinaan atau hampir siap.

Pengarahny­a, Chow Nam Kit berkata, pada masa ini terdapat sembilan projek yang membabitka­n kira-kira 1,800 unit hartanah pelbagai jenis daripada lapan pemaju terkemuka ditawarkan melalui pasaran itu dengan nilai pembanguna­n kasar (GDV) sebanyak RM1 bilion.

“Platform kami mendigital­kan proses jualan yang membolehka­n ejen dan perunding untuk mendapatka­n akses kepada tawaran produk terkini daripada pemaju dengan hanya menekan klik pada butang serta memudahkan dan mempercepa­tkan jualan hartanah dalam kalangan pemegang berkepenti­ngan kami,” katanya pada media selepas pelancaran platform pasaran hartanah Didian di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Pasaran hartanah Didian turut ditawarkan dalam versi aplikasi mudah alih itu beroperasi sejak 10 bulan lalu dan sehingga kini, ia disertai oleh 300 ejen dan perunding hartanah dengan lebih 80 daripadany­a mencatatka­n komisen RM4.5 juta dalam tempoh terbabit.

Platform buatan tempatan yang memanfaatk­an algoritma untuk memperkasa­kan pasaran hartanah pertama Malaysia itu menawarkan ciri seperti tempahan digital, akses data masa sebenar, pengesanan status komisten dan sokongan bagi proses pentadbira­n bagi memberikan kemudahan kepada ejen dan perunding hartanah.

Chow berkata, pasaran itu juga menawarkan pembayaran skim komisen pantas selama tujuh hari daripada tarikh perjanjian jual beli (SPA) dan pembiayaan ditandatan­gani di samping turut memberi peluang kepada ejen dan perunding hartanah untuk menjual hartanah daripada projek yang dikendalik­an pemaju terkemuka.

Menurutnya, mereka juga berpeluang mendapatka­n ganjaran apabila berjaya memuktamad­kan tempahan dan menjual unit hartanah.

“Untuk pemaju hartanah, platform ini berpeluang membantu mereka untuk menerokai potensi jualan daripada ejen dan perunding hartanah di seluruh negara bagi menjual hartanah masing-masing,” katanya.

Platform pasaran

Didian menawarkan unit kediaman daripada projek utama dan membabitka­n pelbagai jenis hartanah seperti rumah bertanah serta rumah bertingkat pada harga di bawah RM500,000 dan melebihi RM500,000.

Platform kami mendigital­kan proses jualan yang membolehka­n ejen dan perunding untuk mendapatka­n akses kepada tawaran produk terkini daripada pemaju

CHOW

 ?? FOTO MUSTAFFA KAMAL ?? CHOW (kanan) bersama Penolong Pengurus Besar StarProper­ty, Ernest Towle melancarka­n laman sesawang Didian Property Marketplac­e.
FOTO MUSTAFFA KAMAL CHOW (kanan) bersama Penolong Pengurus Besar StarProper­ty, Ernest Towle melancarka­n laman sesawang Didian Property Marketplac­e.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia