Harian Metro

BOLEH AMBIL TAPI BERINGAT

Pengambila­n snek dengan berhemah dapat tingkatkan tenaga, bantu kawal keseimbang­an diet

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Lihatlah di sekeliling anda, rakan sekerja mahupun ahli keluarga sama ada berusia mahupun kanakkanak, amat sukar bertemu individu yang langsung tidak mengambil snek dalam diet harian.

Tentu saja masingmasi­ng mempunyai senarai snek kegemaran sendiri tidak kiralah buahbuahan, coklat, kekacang, keropok mahupun pelbagai jenis pastri yang kebiasaann­ya diambil pada bila-bila masa.

Ada mengakui mempunyai bekas simpanan snek khas di pejabat yang biasanya dikongsi bersama rakan sekerja manakala di peti sejuk rumah juga dipenuhi dengan aneka snek

boleh dimakan pada bilabila masa.

Hakikatnya walaupun digemari ramai, masyarakat tetap menganggap pengambila­n snek adalah kesalahan atau tabiat tidak baik walhal ia sebenarnya dapat menambah vitamin, mineral dan nutrien diperlukan tubuh sekali gus menggembir­akan emosi serta minda individu.

Walaupun sudah menghampir­i era 2020, masih ramai yang tidak tahu pengambila­n snek bernutrisi dengan cara betul mampu mengawal tabiat makan berlebihan di samping mengekalka­n diet seimbang.

Mengupas mengenai penyelidik­an terhadap pemakanan berhemah termasuk pengambila­n snek, Ketua Program

Nutrisi dan Kesejahter­aan, Fakulti Sains Gunaan Terapan Universiti UCSI, Dr Satvinder Kaur berkata, pengambila­n snek yang baik dapat meningkatk­an tenaga dan membantu mengawal keseimbang­an diet yang diperlukan badan.

“Prinsip itu bukan saja membantu semua orang (dewasa dan kanak-kanak) memilih snek yang lebih sesuai serta memenuhi cita rasa masing-masing.

“Pengambila­n snek secara berhemah itu dapat mendorong kepada hubungan yang lebih baik sekali gus mengawal kita daripada makan secara berlebihan terutama pada waktu makan utama,” katanya.

Menurutnya, penyelidik­an itu juga membuktika­n kesedaran pengambila­n snek yang betul dapat mengawal nafsu makan seseorang supaya tidak terjebak untuk mengambil satusatu makanan hanya kerana tertarik dengan pembungkus­an cantik dan iklan menarik.

“Walaupun banyak program kesihatan dijalankan mengenai penguranga­n makanan ringan atau snek, permintaan makanan ringan yang tinggi di pasaran menunjukka­n ia tetap menjadi pilihan masyarakat negara ini kerana dikatakan mampu memberi elemen kesihatan dan keseronoka­n.

“Siapa kata tidak boleh ambil snek? Boleh makan apa saja snek termasuk ais krim mahupun biskut namun perlu beringat. Sebaik-baiknya ambil ais krim yang berprotein tinggi dan rendah lemak. Pilih biskut yang lebih nipis, kurang kandungan gula, garam dan lemak,” ujarnya.

Snek yang diambil pada masa bersesuaia­n boleh memberikan tenaga diperlukan tubuh. Ia perlulah diambil sekurangku­rangnya dua jam sebelum waktu makan utama.

LEDAKAN TENAGA

Dr Satvinder berkata, majoriti masyarakat kini mengamalka­n pemakanan snek beberapa kali dalam kehidupan seharian.

“Snek mampu memberi ledakan tenaga yang diperlukan dalam menjalani rutin harian dan kebiasaann­ya rakyat Malaysia akan mengambil snek sekitar enam atau tujuh kali dalam sehari.

“Lazimnya kekerapan mengambil snek ini berpunca daripada kesibukan harian individu terbabit selain gaya hidup kurang sihat. Bukan tidak boleh ambil snek, cuma perlu berpada dan ambil secara berhemah untuk mendapat kesan yang diinginkan,” katanya.

Katanya, sikap menikmati snek itu adalah metamorfos­is atau lebih lazim disebut sebagai ‘keseronoka­n bersalah’.

Persoalann­ya, bagaimana hendak mengambil snek secara berhemah?

Perkara utama yang perlu diketahui ialah jumlah ideal snek yang hendak diambil.

“Sesuai dengan namanya, snek tidak boleh diambil terlalu banyak. Perlu ada had iaitu dalam kuantiti yang kecil sahaja.

“Apabila makan, cuba fokus kepada rasa makanan. Makan perlahan-lahan dan nikmati rasanya. Anda perlu berlatih untuk makan secara berhemah begini kerana ia akan menggalakk­an kita memberi tumpuan terhadap makanan yang diambil.

“Prinsip ini bukan saja membantu kita untuk fokus terhadap snek yang dipilih, malah menjawab persoalan mengapa boleh memilih snek untuk dimakan,” katanya ketika ditemui selepas sesi ‘SMRter Snackier’ yang mengupas mengenai makan snek secara berhemah anjuran Mondelez, baru-baru ini.

Sesi interaktif itu dianjurkan untuk memperkasa masyarakat untuk menikmati snek dengan betul tanpa perlu memilih antara snek atau makan secara sihat.

Tiga panel diketuai Pengurus Nutrisi dan Komunikasi Strategik Mondelez Antarabang­sa

Pei Gee Chew, Dr Satvinder dan selebriti yang juga seorang bapa Nash Idrus mengupas mengenai engambilan snek

erhemah.

Lazimnya kekerapan mengambil snek ini berpunca daripada kesibukan harian individu terbabit selain gaya

hidup kurang sihat. Bukan tidak boleh ambil snek, cuma perlu berpada dan ambil secara berhemah untuk mendapat kesan yang

diinginkan

DR SATVINDER

 ?? FOTO & VIDEO ??
FOTO & VIDEO
 ??  ?? SESI ‘SMRter Snackier’ mengupas mengenai makan snek secara berhemah
SESI ‘SMRter Snackier’ mengupas mengenai makan snek secara berhemah
 ??  ??
 ??  ?? ANTARA tetamu yang hadir untuk sesi ‘SMRter Snackier’.
ANTARA tetamu yang hadir untuk sesi ‘SMRter Snackier’.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia