Harian Metro

HANYA AMBIL MASA 10 MINIT

Hidangan udang mentega berkrim mudah disediakan, tanpa langkah rumit

- Oleh Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

dan mudah. Dua elemen yang sangat dititikber­atkan dalam memilih resipi untuk dijadikan hidangan seisi keluarga.

Mana tidaknya, kekangan masa di tempat kerja mahupun di rumah sering menjadi halangan besar kepada wanita untuk ‘beraksi’ lebih lama di dapur.

Jadi, ramai memilih menyediaka­n hidangan yang tidak rumit tetapi mampu membangkit­kan selera semua termasuk kanak-kanak.

Jika 10 tahun lalu, hidangan udang mentega berkrim biasanya hanya dinikmati di restoran makanan laut, hotel lima bintang atau di kedai makan besar, namun seiring peredaran masa, menu itu mampu disediakan sesiapa saja.

Tidak perlu mencari bahan yang rumit, hidangan itu bukan saja mudah disediakan, malah sangat lazat dan sesuai dimakan bersama nasi panas.

Berkongsi resipi mudah menyediaka­n udang mentega berkrim, cef Hotel Four Points by Sheraton Puchong, Cef Lai Jian Wei berkata, penyediaan resipi itu amat ringkas, namun mesti menggunaka­n udang segar untuk merasai kemanisann­ya.

“Dalam tempoh 10 minit, menu ini dapat disediakan semudah

A, B dan C kerana tidak memerlukan langkah rumit.

“Jika sukakan pedas boleh tambah cili padi. Jika sukakan sedikit manis boleh juga tambah gula. Resipi ini boleh diubah suai mengikut cita rasa masingmasi­ng,” katanya.

Tambahnya, selain itu, diingatkan untuk masak dengan sedikit pantas terutama ketika proses penyediaan kuah udang.

“Apabila minyak sudah panas, segera masukkan semua bahan mengikut urutan dan jangan berhenti kacau.

“Hidangan ini lazat dimakan ketika panas bukan saja dijadikan hidangan lauk, malah boleh dimakan begitu saja,” ujarnya.

BAHAN-BAHAN:

500 gram udang

3 biji cili padi, dipotong halus 2 batang serai, diracik 2 sudu gula

2 atau 3 sudu mentega 1 cawan susu cair Sedikit tepung jagung Sedikit garam

 ??  ?? UDANG mentega berkrim sedia dihidangka­n.
UDANG mentega berkrim sedia dihidangka­n.
 ??  ?? 1. GORENG udang kira-kira dua minit. Pastikan minyak sudah panas bagi memastikan udang tidak lembik. Jangan goreng terlalu lama bagi mengelak udang menjadi keras.
2. PANASKAN pula mentega \di kuali lain. Kacau hingga naik bau dan cair sekata.
3. MASUKKAN daun kari, cili padi dan serai.
1. GORENG udang kira-kira dua minit. Pastikan minyak sudah panas bagi memastikan udang tidak lembik. Jangan goreng terlalu lama bagi mengelak udang menjadi keras. 2. PANASKAN pula mentega \di kuali lain. Kacau hingga naik bau dan cair sekata. 3. MASUKKAN daun kari, cili padi dan serai.
 ??  ?? 4. APABILA bahan yang dimasukkan kelihatan sudah lembut, masukkan pula susu cair dan perlahanka­n api.
5. AKHIR sekali masukkan sedikit garam, gula dan tepung jagung kemudian masukkan udang yang sudah ditoskan dan kacau rata.
4. APABILA bahan yang dimasukkan kelihatan sudah lembut, masukkan pula susu cair dan perlahanka­n api. 5. AKHIR sekali masukkan sedikit garam, gula dan tepung jagung kemudian masukkan udang yang sudah ditoskan dan kacau rata.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia