Harian Metro

‘Eksperimen’ Jerman tak menjadi

Die Mannschaft dahului 2-0 hasil jaringan Gnabry, Havertz

- AFP

Jerman yang dibarisi pemain ‘eksperimen’, membuang kelebihan dua gol apabila membenarka­n Argentina bangkit mengikat kedudukan menerusi keputusan seri 2-2 pada perlawanan persahabat­an antarabang­sa di Dortmund, semalam.

Jerman mendahului 2-0 hasil jaringan Serge Gnabry (gambar) pada minit ke-15 sebelum Kai Havertz menambah gol kedua tuan rumah tujuh minit kemudian.

Bagaimanap­un, Argentina yang turun tanpa Lionel Messi, berjaya merapatkan kedudukan menerusi jaringan Lucas Alario pada babak kedua.

Penyerang Leverkusen itu meledak jaringan pada minit ke-66 sebelum dia membantu menghasilk­an gol penyamaan yang disempurna­kan Lucas Ocampos pada minit ke-85.

Dua pemain Freiburg, Robin Koch dan Luca Waldschmid­t disenaraik­an pengendali Jerman, Joachim Loew dalam kesebelasa­n utama.

Penyerang Leverkusen, Nadiem Amiri dan pemain tengah Schalke, Suat Serdar masuk pada babak kedua untuk melakukan penampilan sulung masing-masing.

Jerman terpaksa membuat perubahan drastik di benteng pertahanan ketika Koch menggantik­an pertahanan tengah Niklas Stark yang diketepika­n sebelum sepak mula kerana sakit perut.

Di sebalik ketiadaan 13 pemain akibat kecederaan atau tidak cergas, Jerman lebih menyerlah pada babak awal menentang Argentina yang kehilangan khidmat Messi, Sergio Aguero dan Angel di Maria.

Dengan Messi digantung perlawanan kerana komennya pada Copa America, pemain Juventus, Paulo Dybala berganding­an dengan Lautaro Martinez di bahagian serangan buat Argentina.

Sementara itu, jurulatih Argentina, Lionel Scaloni memuji anak buahnya kerana berjaya mengikat Jerman.

“Kami semakin matang ketika perlawanan.

Kami melakukan dua atau tiga kesilapan pada babak pertama, tapi berjaya mengancam pada babak kedua, lebih bersabar dan kami mencetus banyak positif bagi masa depan.

“Saya kagum dengan sikap mereka, kami tidak berputus asa sekalipun ketinggala­n 0-2,” kata

Scaloni.

Argentina bangkit

ikat kedudukan menerusi keputusan

seri 2-2

 ??  ?? PEMAIN Argentina, Lautaro Martinez (kiri), mengasak pemain Jerman, Niklas Suele (tengah) dan Marcel Halstenber­g pada perlawanan persahabat­an di Dortmund, semalam.
PEMAIN Argentina, Lautaro Martinez (kiri), mengasak pemain Jerman, Niklas Suele (tengah) dan Marcel Halstenber­g pada perlawanan persahabat­an di Dortmund, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia