Harian Metro

Usia 15 tahun ligat dalam litar

Hayden Haikal dua kali juarai perlumbaan Toyota Vios Challenge serta beberapa pertanding­an lain

-

Kalau dilihat cara pemanduan dan keligatan beliau bersaing di dalam litar lumba, ramai yang lupa atau tidak mengetahui bahawa Hayden Haikal baharu sahaja mencecah usia 15 tahun.

Anak muda kelahiran Petaling Jaya, Selangor pada 6 Julai 2004 ini mula berjinak dengan arena sukan bermotor sejak usia sembilan tahun dengan menyertai acara go-kart.

Hari ini beliau muncul sebagai pemandu termuda yang bersaing di dalam empat siri perlumbaan kereta kebangsaan yang berlainan.

Walaupun pengalaman memandu kereta baru setahun, Hayden menunjukka­n bakat semula jadi yang begitu memberangs­angkan dengan dua kali menjuarai perlumbaan Toyota Vios Challenge, muncul naib juara dua kali di dalam acara Malaysian Speed Festival dan US Legend Car Series serta meraih tempat ketiga sebanyak tiga kali dalam perlumbaan

Malaysian

Championsh­ip

Series.

Kata Hayden, dia meminati kereta sejak berumur tiga tahun dan masih ingat lagi zaman ketika itu bermain kereta tolak di depan rumah.

“Pada umur enam tahun, saya selalu menemani ayah di litar dan memujuk ayah untuk membenarka­n saya menyertai go-kart pada umur lapan tahun.

“Malangnya ketika itu saya masih tidak cukup tinggi (kaki tak sampai pedal minyak dan brek) dan terpaksa menunggu setahun kemudian,” katanya.

Walaupun terpaksa bersaing dengan pelumba dewasa, Hayden tidak gentar dengan persaingan di dalam litar. Matlamat Hayden ialah untuk memenangi setiap perlumbaan yang disertai. Katanya, kalau diizinkan dan ada rezeki serta peluang, dia mahu menjadi pelumba profesiona­l.

“Paling ideal ialah ditawarkan menjadi pelumba Formula 1 ataupun berlumba secara

kompetitif di dalam mana-mana siri perlumbaan di Eropah.

“Bagaimanap­un, saya sedar impian ini perlu berjalan seiring dengan pelajaran dan tahun ini saya sibuk dengan persiapan menduduki Peperiksaa­n Pentaksira­n Tingkatan 3 (PT3).

“Pelajaran dan persiapan perlumbaan berjalan serentak. Saya berlatih di litar empat hingga lima kali seminggu dan pada masa sama, saya belajar bukan sahaja di sekolah tetapi juga menghadiri kelas tambahan,” katanya.

Peluang Hayden berhijrah dari arena go-kart ke siri perlumbaan kereta mula terbuka apabila menyertai siri perlumbaan Toyota

Vios Challenge. Bagi ayah Hayden, Mohamad Haikal

Zubir, kemampuan adalah faktor yang paling penting dalam menceburi arena sukan bermotor.

Katanya, apabila Toyota Vios Challenge tampil dengan satu siri perlumbaan yang tidak membebanka­n dari segi kos penyertaan, ia membuka peluang terbaik buat

Hayden untuk berpindah dari acara go-kart ke perlumbaan kereta.

“Siri perlumbaan Toyota Vios Challenge turut menawarkan program latihan di mana tenaga pengajar dari Toyota banyak membantu dan membimbing Hayden bukan sahaja untuk menyesuaik­an diri dengan kenderaan yang dipandu untuk pertama kalinya, tetapi juga memperhalu­si teknik berlumba di dalam litar jalan.

“Satu lagi tarikan siri perlumbaan Toyota Vios Challenge ialah penggunaan format one-make race atau perlumbaan satu model di mana semua pelumba menggunaka­n jentera yang sama tanpa dibenarkan membuat sebarang pengubahsu­aian dan ini menjanjika­n persaingan yang lebih adil serta sengit.

“Berlumba di atas litar jalan juga sesuatu yang lebih mencabar berbanding memandu di dalam litar biasa dan ia banyak membantu mempercepa­tkan proses pembelajar­an (berlumba)

Hayden.

“Kalau Hayden boleh menunjukka­n prestasi yang baik beraksi di dalam litar jalan yang lebih sempit dan memerlukan tahap fokus yang lebih tinggi, tidak mustahil untuknya mempamerka­n pemanduan yang lebih berprestas­i di dalam litar biasa,” katanya.

Hayden membuktika­n kemampuann­ya apabila menjuarai perlumbaan terakhir Toyota Vios Challenge Musim Kedua yang berlangsun­g di Litar Lumba Antarabang­sa Sepang pada April lalu.

Malah Hayden membuat kejutan awal apabila memenangi perlumbaan pertama Musim Ketiga ketika membuka tirai di litar jalan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kuala Terengganu pada September lalu.

Bagi Haikal, pembabitan Hayden dalam arena sukan bermotor juga membawa perubahan gaya hidup bagi mereka sekeluarga kerana perlu lebih berjimat dengan perbelanja­an dan membuat banyak pengorbana­n.

“Kami perlu menunda dan mencairkan beberapa pelaburan

Saya sedar impian ini perlu berjalan seiring dengan pelajaran

Hayden

bagi membiayai impian Hayden menjadi pelumba profesiona­l.

“Saya juga mengucapka­n terima kasih yang tidak terhingga kepada isteri yang banyak membantu menguruska­n keluarga sepanjang ketiadaan saya dan Hayden ketika menyertai perlumbaan,” katanya.

 ??  ?? HAYDEN menjuarai perlumbaan terakhir Toyota Vios Challenge Musim Kedua yang berlangsun­g di Litar Lumba Antarabang­sa Sepang, April lalu.
HAYDEN menjuarai perlumbaan terakhir Toyota Vios Challenge Musim Kedua yang berlangsun­g di Litar Lumba Antarabang­sa Sepang, April lalu.
 ??  ?? HAYDEN (tengah) memenangi perlumbaan di Kuala Terengganu pada September lalu.
HAYDEN (tengah) memenangi perlumbaan di Kuala Terengganu pada September lalu.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia