Harian Metro

Joshua pertajam kemahiran di Itali

-

Kuala Lumpur: Peserta lawan pedang negara, Joshua Koh I-Jie (gambar) bergantung kepada sesi latihan selama enam minggu di Pisa, Itali, bagi mempertaja­mkan kemahiran dan meningkatk­an keyakinan diri menjelang temasya Sukan SEA Filipina 2019, bulan depan.

Peserta berusia 28 tahun dalam kategori epee itu, akan mengikuti latihan di bawah jurulatih tersohor dari Itali, Enrico Di Ciolo di Kelab Scherma Antonio Di Ciolo di Pisa bermula Ahad ini, bagi mencapai impian untuk pulang dengan sebutir pingat dari Filipina.

“Tahap keyakinan tidak begitu tinggi ketika ini dan percaya selepas latihan bersama peserta berprestas­i tinggi akan membolehka­n saya lebih yakin. Saya akan berlatih bersama beberapa peserta antarabang­sa Itali yang turut berlatih di kelab itu.

“Itali tempat yang ideal kerana ia adalah negara kuasa besar dalam sukan lawan pedang. Bukan saja mereka mempunyai peserta lawan pedang bertaraf antarabang­sa tetapi juga ramai peserta lain dapat membantu meningkatk­an tahap kita. Di Malaysia, kita hanya mempunyai peserta lawan pedang yang terhad,” katanya.

Joshua, yang menghuni ranking ke-165 dunia dan ketiga di Asia Tenggara di belakang peserta Vietnam, Nguyen Tien Nhat (65) dan Nguyen Phuoc Den (154), mengakui tidak tertekan apabila menjadi sandaran utama membawa pulang pingat daripada temasya dwitahunan itu.

Joshua, yang aktif dalam sukan itu sejak 2003, memenangi gangsa acara berpasukan pada penampilan sulung di Sukan SEA 2007 Korat sebelum merangkul emas individu dan gangsa berpasukan pada edisi 2011 Indonesia serta gangsa acara individu pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Beliau gagal membawa pingat pada edisi 2015 di Singapura.

Dalam Sukan Asia, Joshua hanya mampu mara ke pusingan 32 pada edisi 2010 dan pusingan 16 pada edisi 2018. - BERNAMA

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia