Harian Metro

Hafizh perlu fokus di litar

SIC bantu penajaan dalam pasukan Angel Nieto

- Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad mriduwan@hmetro. com.my

Memang dia tidak mendapat gaji daripada pasukan selain penajaan juga berkurang apabila turun daripada perlumbaan MotoGP ke Moto2”

Ketua Eksekutif Litar Antarabang­sa Sepang (SIC) Datuk Razlan Razali menasihati pelumba, Hafizh Syahrin supaya mengubah gaya hidup serta memfokuska­n kepada perlumbaan untuk musim depan dengan misi kembali ke MotoGP.

Menurutnya, pihaknya memang membantu pelumba terbabit dari segi penajaan untuk berada dalam pasukan Angel Nieto musim depan.

“Sebenarnya SIC yang menaja beliau untuk tempat dalam pasukan Moto2. Mereka (Angel Nieto) minta bayaran yang mahal, namun selepas kami berunding, mereka setuju mengurangk­an kos sehingga tahap yang kita mampu biaya.

“Namun, penajaan hanya untuk memastikan tempat dia dalam perlumbaan Motor2 saja dan tidak termasuk gaji, tiket penerbanga­n, hotel dan kos latihan pengangkut­an,” katanya dihubungi Arena Metro, semalam.

Razlan berkata demikian mengulas laporan akhbar ini kelmarin, mengenai nasib Hafizh Syahrin yang bakal mengharung­i tempoh semusim tahun depan tanpa gaji selepas kembali ke Moto2 daripada Mopasukan

Razlan Razali

toGP.

Menurutnya, beliau yakin dengan pengesahan penajaan daripada topi keledar dan sut perlumbaan diterima dapat menampung perbelanja­an bulanan Hafizh Syahrin.

“Memang dia tidak mendapat gaji daripada selain penajaan juga berkurang apabila turun daripada perlumbaan MotoGP ke Moto2.

“Ini kerana ‘nilainya’ juga turun mendadak dan dapat lebih setengah daripada apa diperoleh dalam MotoGP. Ini mungkin situasi paling rendah dalam kariernya, tapi dia kena fokus kepada perlumbaan untuk musim depan dan ubah sikit gaya hidup,” katanya sambil memaklumka­n SIC akan membantu mencari penaja baharu bagi musim depan. Dalam perkembang­an sama, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memaklumka­n akan memberi maklum balas isu Hafizh Syahrin selepas pembentang­an Belanjawan

2020.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia