Harian Metro

Berlatih di Genting Highlands

- Oleh Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Bagi membiasaka­n diri dengan cuaca di London iaitu lokasi saingan kelayakan Sukan Olimpik Tokyo, skuad hoki negara akan mengadakan latihan di kawasan tanah tinggi di Genting Highlands minggu depan.

Menurut ketua jurulatih kebangsaa, Roelant Oltmans mereka akan berkampung selama tiga hari di sana dengan melakukan latihan berkaitan fizikal.

“Minggu depan kita akan ke Genting Highlands yang bercuaca dingin. Jadi mereka seperti berada di Eropah,” katanya ketika ditemui media semalam.

Menurut Oltmans, selain latihan fizikal, anak buahnya juga akan melalui sesi menonton video dan perbincang­an dengan lebih mendalam menjelang aksi kelayakan Sukan Olimpik Tokyo menentang Great Britain 1 dan 3 November ini.

“Kita akan bincang mengenai strategi dengan lebih mendalam menjelang aksi bertemu Great Britain. Saya juga mahu pemain berada dalam keadaan segar sebelum berangkat ke Eropah.

“Sekarang ini kita hanya memikirkan mengenai konsisten. Selepas ini kita bukan akan beraksi dalam satu atau empat suku tapi lapan suku permainan. Kita sudah pasti mempunyai peluang,” katanya.

Seramai 21 pemain berada dalam skuad kebangsaan setakat ini dan seorang akan digugurkan sebaik mereka menamatkan latihan selama tiga hari di Genting Highlands.

Ditanya mengenai nasib yang bakal dihadapi jika Malaysia tidak dapat melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2020, Oltmans tidak mahu memikirkan soal berkenaan.

“Saya tidak memikirkan soal berkenaan dan hanya fokus kepada pasukan saja. Perkara itu bukan berada dalam kuasa saya. Saya hanya mahu memberikan yang terbaik dalam tugasan saya,” katanya.

Skuad hoki negara akan berkampung selama

tiga hari di sana

 ??  ?? OLTMANS (empat dari kiri) bersama anak buahnya ketika sesi latihan.
OLTMANS (empat dari kiri) bersama anak buahnya ketika sesi latihan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia