Harian Metro

Nurul Afiqah mahu lupa tragedi hitam

Tindakan KOM lantik jurulatih kelahiran AS dilihat sebagai keputusan bijak

- Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad mriduwan@hmetro.com.my Oleh Malik Muhamad sukanteam@nstp.com.my

Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) membuat keputusan bijak apabila melantik jurulatih olahraga kelahiran Amerika Syarikat (AS), Dwayne Miller sebagai pengarah teknikal olahraga negara.

Lebih 30 tahun menjadi jurulatih olahraga termasuk di Arab Saudi dan Qatar, pengalaman luas Miller boleh membantu pembanguna­n atlet elit negara dan juga di peringat akar umbi.

Sekali gus ia mengelakka­n pertindiha­n tugas dan membolehka­n jurulatih pecut tempatan termasuk Mohd Poad Kassim serta M Balamuruga­n meneruskan khidmat melatih atlet masing-masing.

Presiden KOM, Datuk SM Muthu berkata, pengalaman luas Miller ditagih pihaknya untuk memberi nasihat berkaitan latihan bagi meningkatk­an mutu dan prestasi atlet terutama dalam acara pecut, lompat jauh dan lompat kijang selama tiga tahun.

“Memandangk­an beliau (Miller) baru tiba dua hari lalu, saya akan berbincang dengannya terlebih dulu mengenai skop tugasannya.

Dia diberi tempoh percubaan enam

bulan untuk melakukan yang terbaik

SM Muthu

“Dia diberi tempoh percubaan enam bulan untuk melakukan yang terbaik termasuk membentuk persiapan atlet olahraga ke Sukan SEA,” katanya ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan Miller di Wisma Majlis Olimpik Malaysia di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalanny­a Datuk Paduka Mumtaz Jaafar.

Sementara itu, Miller mengakui tidak sabar untuk memulakan tugas selepas teruja melihat ramai atlet olahraga berbakat termasuk di peringkat akar umbi di negara ini.

Katanya, untuk bulan pertama fokus akan diberi untuk mengenali atlet olahraga negara terlebih dulu sebelum turun ke lapangan.

“Latihan di trek bukan masalah bagi saya, tapi cabaran untuk menghafal nama Kuala Terengganu: Atlet angkat berat wanita berbakat besar Terengganu, Nurul Afiqah Muhammad Zamzuri, mahu melupakan tragedi hitam digantung lapan bulan kerana didapati bersalah mengambil bahan terlarang tahun lalu.

Sebaliknya atlet berusia 19 tahun kelahiran Teluk Ketapang, Kuala Nerus itu tekad mahu membuktika­n pemilihann­ya mewakili negara dalam pentas Sukan SEA di Manila, Filipina pada November depan adalah pelaburan berbaloi.

Malah atlet bertubuh kecil molek itu yang bakal beraksi dalam kategori 45 kilogram (kg) turut bertekad untuk menghadiah­kan kilauan pingat buat kontinjen negara biarpun pernah dipalit dengan insiden penggantun­gan itu.

“Sasaran utama saya pada pentas Sukan Sea nanti adalah memecah rekod atlet yang pelbagai. Daripada kajian yang saya buat, Malaysia memiliki ramai atlet berbakat untuk diketengah­kan. Saya teruja untuk bekerja dengan mereka bukan saja atlet elit, malah atlet muda di peringkat akar umbi,” katanya yang turut menemui beberapa atlet senior dan junior negara termasuk jaguh lompat kijang, Muhammad Hakimi Ismail. Ditanya apa yang boleh dibantu untuk persiapan atlet olahraga ke Sukan SEA dalam tempoh sebulan ini, Miller berkata, dia hanya memberi nasihat teknikal dan tidak akan mencampuri tugas barisan kejurulati­han sedia ada.

Untuk rekod Miller pernah membantu pelari pecut Amerika Syarikat, LaShawn Merritt merangkul dua emas pada Sukan Olimpik 2008 di Beijing dalam acara 400m dan 4x100m dengan mencatat rekod Olimpik serta dianugerah­kan ‘Nike Coach of the Year’ oleh badan induk olahraga Amerika Syarikat pada 2008. kebangsaan milik Fendylina Adim dari Sabah, selain mengintai peluang membawa pulang pingat buat negara tanpa mengira warna,” kata Nurul Afiqah.

Pada pentas Sukan Malaysia (Sukma) ke-19 di Perak September tahun lalu, Nurul Afiqah yang beraksi dalam kategori 48 kg berjaya mengutip satu pingat emas dalam acara [clean and jerk’ dengan angkatan 81 kg, manakala satu gangsa dalam acara snatch dengan angkatan 62 kg.

Bagaimanap­un, pingat emas dan gangsa yang diraih atlet itu tidak kekal lama apabila ditarik balik pihak penganjur kerana didapati bersalah mengambil bahan terlarang jenis methylexan­amine sebelum digantung selama lapan bulan oleh Persekutua­n Angkat Berat Malaysia (PABM).

 ??  ?? MILLER (kiri) dan Muthu pada sidang media di Wisma
Majlis Olimpik Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.
MILLER (kiri) dan Muthu pada sidang media di Wisma Majlis Olimpik Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ?? CHIA (kanan) dan Wooi Yik.
V Shem (kanan) dan Wee Kiong.
CHIA (kanan) dan Wooi Yik. V Shem (kanan) dan Wee Kiong.
 ??  ?? NURUL Afiqah
NURUL Afiqah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia