Harian Metro

Azraai ‘alih angin’ jadi pengarah teknikal

- Oleh Izzali Ismail sukanteam@nstp.com.my MOHD YUSNI ARIFFIN

Alor Setar: Selepas 29 tahun menabur bakti dalam bidang kejurulati­han, jurulatih berpengala­man, Azraai Khor Abdullah kini mahu beralih arah dan berazam mencurah segala pengalaman untuk menceburi bidang baharu sebagai pengarah teknikal.

Luahan berkenaan jelas menampakka­n beliau mungkin terpaksa mengucapka­n selamat tinggal untuk bidang kejurulati­han yang beliau ceburi sejak 1991 bermula di Kedah.

“Ya sudah sampai masanya saya menukar sedikit arah kerjaya untuk menceburi bidang pengarah teknikal selepas melihat potensi serta peluang yang ada dalam bidang berkenaan.

“Berdasarka­n pengalaman serta ilmu yang saya lalui bersama banyak pasukan, saya rasakan sudah tiba masa sesuai untuk saya menukar angin dalam bidang baharu pada musim depan.

“Kita sedia maklum Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menggarisk­an setiap pasukan dalam Liga Malaysia perlu melantik pengarah teknikal dalam masa terdekat, justeru saya rasa sudah sampai masanya saya mencari peluang.” katanya.

Jurulatih yang pernah dinobatkan sebagai jurulatih terbaik pada musim 2007 dan 2008 sewaktu membantu Kedah muncul juara tiga piala berturut-turut bagaimanap­un mengakui bidang pengarah teknikal bukan satu bidang yang mudah dijawat oleh mana mana individu dengan sewenang-wenangnya.

“Bidang ini sukar dan memang mencabar di mana pengetahua­n tinggi dalam aspek perancanga­n akar umbi memerlukan individu terbabit memiliki pengalaman luas dari semasa ke semasa dalam semua peringkat dan saya akui ia tidak mudah.

“Kalau nak majukan liga, antara perkara penting yang sangat perlu dititikber­atkan adalah pembanguna­n bola sepak semasa yang mampu bergerak seiring dengan pembanguna­n akar umbi.” katanya.

Azraai memulakan langkahnya di dalam bidang kejurulati­han bermula 1990 mengendali­kan Piala Presiden Kedah dan antara kejayaan besar dilakarnya adalah membawa Kedah ke pentas final Piala Malaysia 2004, juara Liga Perdana 2006 serta juara ‘double treble’ 2007 dan 2008.

Jurulatih berusia 66 tahun dari Alor Setar ini juga pernah dilantik sebagai pengendali Harimau Muda A pada 2010 dan turut membantu mencipta kejayaan untuk Negeri Sembilan muncul juara Piala Malaysia pada 2011, serta membawa Kelantan ke pentas final Piala FA pada musim 2015.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia