Harian Metro

Baju Melayu untuk Harimau Malaya

- Oleh Syazwan Msar mohdsyazwa­n@hmetro.com.my

Kali pertama saya berpakaian baju melayu apabila hadir ke Stadium Rajamangga­la, Bangkok, tahun lalu untuk memberikan sokongan pada skuad negara pada saingan Piala AFF 2018”

Hanoi: Dipandang pelik, malah pernah dikatakan melakukan kerja gila apabila memakai baju melayu ketika menyaksika­n perlawanan skuad Harimau Malaya di luar negara.

Namun, bagi Mohd Tirmizi Hairi Yazid, 30, itu antara caranya tersendiri untuk menyatakan sokongan kepada skuad Harimau Malaya sekali gus mempromosi­kan jati diri Melayu di persada antarabang­sa.

Tirmizi yang berasal dari Putrajaya berkata, dia sudah mengunjung­i tiga venue di luar negara sejak tahun lalu dengan memakai baju melayu ketika memberikan sokongan kepada pasukan negara.

Menurutnya, tiada istilah malu jika berpakaian sempurna lebih-lebih lagi ia adalah baju tradisi masyarakat Melayu selain baju kebangsaan.

“Kali pertama saya berpakaian baju melayu apabila hadir ke Stadium Rajamangga­la, Bangkok, tahun lalu untuk memberikan sokongan pada skuad negara pada saingan Piala AFF 2018.

“Saya akan teruskan tradisi ini pada masa akan datang termasuk ke Emiriah Arab Bersatu(UAE) apabila

Mohd Tirmizi Hairi Yazid

pasukan Malaysia menentang mereka nanti.

“Jika diikutkan memang ada yang pandang seolah pelik saya lengkap busana Melayu, namun ia juga menarik perhatian masyarakat luar untuk bergambar dan mengenali pakaian tradisi Melayu,” katanya ketika ditemui di pekarangan Stadium My Dinh, Hanoi, di sini, semalam.

Selain itu, katanya, skuad negara tampil lebih meyakinkan hingga mendapat sokongan padu peminat berikutan kemampuan mencabar pasukan kuat.

“Kalah atau menang adat pertanding­an, namun pasukan negara bukan lagi skuad belasahan kerana mampu memberi tentangan sengit terutama ketika menentang UAE sebelum ini,” katanya.

 ??  ?? TIRMIZI (kiri) bergambar bersama penyokong Vietnam.
TIRMIZI (kiri) bergambar bersama penyokong Vietnam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia