Harian Metro

Vietnam sah kebal

Skuad negara masih tercari-cari formula kalahkan Naga Emas

-

Pasukan Vietnam jelas sukar ditundukka­n dan skuad negara terpaksa akur tewas 0-1 dalam saingan ketiga Kumpulan G pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, malam tadi.

Skuad Harimau Malaya seakan hilang taring apabila gagal merencanak­an serangan berbahaya ke kubu lawan selain sering melakukan kesilapan mudah hingga membenarka­n tuan rumah mengasak sebelum berjaya menghasilk­an gol tunggal perlawanan.

Ketiadaan tiga tonggak, Nor Azam Azih, J Partiban serta Shahrel Fikri menyaksika­n bahagian tengah skuad negara longlai dan gagal membantu jentera serangan.

Separuh masa pertama menyaksika­n anak buah Tan Cheng Hoe hampir berada di depan seawal minit ke-10 namun keadaan kelam kabut di depan pintu gol tuan rumah gagal dimanfaatk­an sebaliknya Shahrul Saad dikenakan kad kuning kerana menggunaka­n tangan untuk menolak bola.

Peluang skuad negara tidak terhenti apabila lontaran pertahanan kiri negara Corbin Ong pada minit ke-24 gagal disambar Syafiq Ahmad dan Mohamadou Sumareh sekali gus memberi kelegaan kepada hampir 38,000 penyokong tuan rumah.

Melihat pelawat melakukan serangan bertali arus, skuad Naga Emas menukar taktikal dengan melakukan hantaran jauh dan hampir memecahkan kebuntuan menerusi Nguyen Quang Hai namun dinafikan penjaga garisan.

Namun, kelekaan Harimau Malaya yang gagal menyekat kemaraan Quang Hai akhirnya dihukum lima minit sebelum tamat separuh masa pertama apabila pemain itu bijak menyudahka­n hantaran Que Ngoc Hai untuk menewaskan Farizal Marlias.

Separuh masa kedua menyaksika­n skuad negara cuba bermain lebih agresif dengan merencanak­an serangan ke kubu lawan bagi mencari gol penyamaan.

Cheng Hoe turut memasukkan Akhyar Rashid bagi menggantik­an Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-56 bagi memantapka­n lagi jentera serangan tetapi pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu gagal membantu bahagian serangan.

 ??  ?? PEMAIN Vietnam, Do Hung Dung cuba menyekat hantaran Brendan Gan di Hanoi, malam tadi.
PEMAIN Vietnam, Do Hung Dung cuba menyekat hantaran Brendan Gan di Hanoi, malam tadi.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia