Harian Metro

Sambungan haram terbongkar

25 sambungan bekalan air ditemui di Kampung Suang Parai

- Oleh Norasikin Daineh norasikin_daineh@ nstp.com.my Kota Kinabalu

Paip utama ditebuk untuk menyambung hos sebelum dikimpal semula manakala sambungan hos ditutup menggunaka­n kain atau disembunyi­kan di dalam semak.

Itu antara taktik digunakan individu tidak bertanggun­gjawab yang melakukan penyambung­an haram bekalan air sebelum dipotong dalam operasi yang dilakukan di kawasan Kampung Suang Parai di sini, semalam.

Operasi yang bermula jam 9 pagi itu berjaya menemui dua lokasi penyambung­an haram dan 25 sambungan hos yang mampu membekalka­n air secara haram kepada kira-kira 1,000 rumah di kawasan berkenaan.

Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) Datuk Amarjit Singh berkata, operasi itu dilakukan selepas pihaknya menerima aduan daripada orang ramai bahawa sejak kebelakang­an ini berlaku tekanan air rendah bagi kawasan yang menerima bekalan air dari tangki Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Katanya, hasil pemeriksaa­n didapati loji berfungsi mengikut spesifikas­i dan tiada masalah tetapi apabila diperiksa dalam takungan, takungan itu mempunyai tahap yang rendah dan ia mencurigak­an.

“Saya kemudian mengarahka­n Unit Penguatkua­saan untuk membuat pemeriksaa­n selama dua minggu dan mendapati banyak penyambung­an haram dilakukan di kawasan berkenaan.

“Dua lokasi berjaya dikenal pasti dan kami mendapati ada 25 sambungan haram,” katanya di pejabat JANS di sini, semalam.

Amarjit berkata, tindakan melakukan penyambung­an haram itu menyebabka­n kerugian bukan saja kepada JANS tetapi hasil kutipan kerajaan negeri.

“Apabila berlaku penyambung­an haram ini, kerajaan negeri rugi dari segi kutipan hasil kepada kerajaan dan kedua, JANS rugi dalam kadar air tidak terhasil (NRW) sekali gus menyukarka­n untuk menurunkan NRW,” katanya.

Sehubungan itu, Amarjit berharap penduduk di kawasan itu tidak mencuri air atau merosakkan harta benda kerajaan kerana apabila paip utama ditebuk, ia akan menyebabka­n kebocoran sehingga air melimpah keluar.

 ??  ?? KAKITANGAN unit penguatkua­saan JANS memotong hos penyambung­an haram bekalan air dalam operasi di kawasan Kampung Suang Parai di Kota Kinabalu.
KAKITANGAN unit penguatkua­saan JANS memotong hos penyambung­an haram bekalan air dalam operasi di kawasan Kampung Suang Parai di Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia