Harian Metro

Lima individu langgar syarat lesen ditahan

-

Kota Kinabalu: Lima individu yang menaiki bot pukat tunda ditahan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) selepas didapati melanggar syarat lesen menangkap ikan.

Bot berkenaan ditahan di kedudukan 0.71 Batu Nautika, arah barat, Jeti Universiti Malaysia Sabah (UMS) jam 12 tengah hari, kelmarin.

Pengarah APMM Sabah Laksamana Muda (M) Kamaruszam­an Abu Hassan berkata, bot berkenaan ditahan Bot Peronda Maritim yang melaksanak­an tugas penguatkua­saan dan rondaan di kawasan Perairan Kota Kinabalu.

Katanya, sebaik diperiksa, APMM mendapati juragan dan awak-awak gagal mengemukak­an dokumen pengenalan diri yang sah dan nama juragan juga tidak ada dalam lesen bot itu.

“Kita menahan juragan warga Indonesia bersama empat awak-awak terdiri daripada seorang warga Indonesia manakala tiga lagi mengaku Bajau Laut.

“Semua ditahan berusia 19 dan 26 tahun dan mereka disyaki melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 serta Enakmen Jabatan Pelabuhan Dan Dermaga Sabah (JPDS) 2002,” katanya. Kamaruszam­an berkata, ketika ditahan, tiada sebarang hasil laut di dalam bot berkenaan dan bot kemudian dibawa ke Jeti Maritim, Sepanggar, untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat.

Katanya, APMM akan sentiasa meningkatk­an rondaan dan penguatkua­saan di seluruh perairan negeri Sabah bermula dari Zon Maritim Labuan hingga ke Zon Maritim Semporna.

“Tindakan ini diambil dalam usaha mengekang aktiviti jenayah laut seperti pengeboman ikan, penceroboh­an bot nelayan asing, penculikan dan kecurian di laut.

“Beberapa operasi khas akan dirancang dan dilaksanak­an menjejak mereka yang melanggar undang-undang laut di perairan negeri ini,” katanya.

Kamaruszam­an berkata, pihak APMM juga memohon kerjasama komuniti maritim untuk menyalurka­n sebarang maklumat dan membuat aduan berkenaan apa sahaja aktiviti laut yang melanggar undang-undang di laut.

“Komuniti maritim juga diminta melaporkan sebarang kejadian jenayah atau kecemasan di laut di talian 088- 260175 untuk tindakan segera,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia