Harian Metro

DEKATI PENONTON BUKAN MUSLIM

Program bual bicara santai, Sembang Rahmah bersama tetamu jemputan galakkan perpaduan

- Oleh Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

Sebut saja TV AlHijrah (TVAH) semestinya ramai sedar ia sinonim dengan kandungan menjurus kepada masyarakat Melayu beragama Islam.

Seiring situasi kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia, TVAH mengambil inisiatif menyusun semula kandungan siarannya yang lebih mesra penonton termasuk mendekati golongan bukan Muslim.

Sebagai percubaan,

TVAH menerbitka­n program bual bicara santai selama 30 minit berjudul Sembang Rahmah yang dikendalik­an pengacara berpengala­man, Luqman Hakim Abdul Malik, 36.

Program yang menjemput ahli panel undangan dalam kalangan selebriti dan penggiat seni bukan Muslim ini akan mula ditayangka­n pada 21 Oktober ini, setiap Isnin jam 9 malam.

Menyediaka­n lapan episod rakaman untuk siaran musim pertama, program pengenalan­nya sudah ditayangka­n pada 16 September lalu yang mendapat sambutan baik dan positif.

Penerbitny­a, Nurainah Nabeeha Hassan berkata, Sembang Rahmah diterbitka­n bagi menarik penonton bukan Muslim

dalam kalangan belia dan dewasa untuk mereka lebih memahami pendekatan serta ajaran Islam sebenar.

“Gaya hidup yang ditetapkan dalam Islam ini sangat indah, cuma kerana isu ‘Islamophob­ia’ kini mula ‘menyerang masuk’ membuatkan penjelasan sebenar perlu dibuat.

“Apatah lagi, memang menjadi tanggungja­wab TVAH untuk bersamasam­a menjelaska­nnya kepada masyarakat bukan Islam di negara ini untuk mereka memahami dengan baik,” katanya.

Menurut Nurainah, dengan adanya program bual bicara seperti Sembang Rahmah diyakini dapat membantu mengurangk­an perasaan tidak selesa bukan

Muslim terhadap Islam.

“Sejak kebelakang­an ini, banyak sangat isu timbul yang mewujudkan persepsi kurang tepat bukan Muslim terhadap Islam. Pada hal, ia tidak sepatutnya berlaku.

“Ini kerana masyarakat Islam terutama orang Melayu di negara ini sangat menghormat­i bangsa lain kerana mengutamak­an kedamaian dan kemakmuran negara,” katanya.

Antara panel jemputan dalam Sembang Rahmah adalah Seelan Paul, Melissa Thng, Levonia Ricky, Sasi The Don, Santesh, Low Ngai Yuen, Adeline Tsen, Dr Soo Wincci, Datuk Hans Isaac dan Kavita Sidhu.

Antara topik menjadi pilihan akan dibincangk­an seperti Saya Anak Malaysia, Boleh Tuju Lagu? Teh Tarik Satu! dan banyak lagi yang pastinya sarat dengan pelbagai maklumat positif terhadap ajaran Islam .

RUANG PENDAPAT BANGSA MALAYSIA

Di bawah Jalur Gemilang, bangsa Malaysia sangat unik kerana terdiri daripada pelbagai kaum termasuk Melayu, Cina dan India.

Oleh itu, TVAH juga terbuka untuk ditonton bukan Muslim kerana kandungan siaran yang sarat mesej positif.

Sesuai buat tontonan semua lapisan masyarakat dan peringkat usia, kini adalah masanya TVAH tampil dengan perubahan.

Nurainah berkata, perkongsia­n pengalaman panel jemputan didapati mampu mendorong menggalakk­an perpaduan.

“Ini termasuk menjalin persefaham­an sambil mengetenga­hkan kepelbagai­an adat, budaya dan kepercayaa­n agama dianuti masyarakat Malaysia.

“Ia nyata bersesuaia­n dengan konsep Sembang Rahmah yang dilihat sebagai program ‘edutainmen­t’ kerana mempunyai nilai didik hibur,” katanya.

 ??  ?? SANTESH (tengah) antara pesonaliti
yang diundang.
SANTESH (tengah) antara pesonaliti yang diundang.
 ??  ?? LUQMAN (kanan) rancak bersembang dengan Hans dan Kavita.
LUQMAN (kanan) rancak bersembang dengan Hans dan Kavita.
 ??  ?? KRU produksi bersama Seelan (berdiri kiri).
KRU produksi bersama Seelan (berdiri kiri).
 ??  ??
 ??  ?? LUQMAN bersama kru produksi
LUQMAN bersama kru produksi
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia