Harian Metro

DALAMI ILMU HARTANAH

Wan Nurhusna hadapi pelbagai masalah sebelum miliki kediaman dua tingkat di lokasi strategik di Cyberjaya

- Oleh Nabil Basaruddin nabil.basaruddin@hmetro.com.my

lumrah kepada setiap individu untuk memiliki rumah sendiri yang dianggap pelengkap kepada kehidupan lebih selesa.

Begitu juga Wan Nurhusna Auni Sulaiman, 28, yang memilih membeli rumah sendiri berbanding membayar sewa rumah.

Malah, dengan menyewa rumah, dia merasakan tiada kebebasan melakukan sebarang ubah suai rumah mengikut cita rasa sendiri, terutama selepas berkahwin.

Bagaimanap­un, perjalanan memiliki rumah itu bukan mudah seperti yang disangka apabila pelbagai isu dan masalah mula melanda sejak mula sehingga akhirnya.

Wan Nurhusna berkata, sebelum membeli rumah yang dimilikiny­a ketika ini, dia juga pernah mencuba membeli rumah jenis apartmen dari pasaran sekunder di sekitar Bandar Sunway.

“Ketika itu, saya tidak mempunyai sebarang ilmu hartanah terutama mengenai cara dan apa perlu dilakukan untuk membeli rumah dari pasaran seperti itu.

“Rumah yang ditawarkan itu sangat murah dari bawah harga pasaran jika dibandingk­an dengan rumah lain,” katanya kepada P&P di sini, semalam.

rumah berkenaan ditemuinya menerusi carian di platform hartanah atas talian itu begitu strategik dan berada bersebelah­an dengan taman tema air popular, Sunway Lagoon beserta persekitar­an yang baik.

“Masalah mula timbul apabila proses jual beli ini tertangguh sehingga lebih setahun kerana rumah terbabit tiada status strata dan pihak pemaju rumah bankrap.

“Memandangk­an isu jual beli ini mula menjadi masalah yang membebanka­n selain terlalu lama dan tiada keputusan sebenar, saya akhirnya mengambil keputusan membatalka­n permohonan pembelian itu,” katanya.

Malah, katanya, pembelian rumah dari pasaran sekunder ini juga memerlukan pihaknya untuk menyediaka­n tunai yang banyak bagi tujuan deposit dan juga yuran guaman, menjadikan­nya lebih rumit.

“Untuk itu, disebabkan tiada tunai yang tinggi saya terpaksa membuat pinjaman dengan bank dan menyebabka­n tersangkut dengan skor kredit melalui CCRIS,” katanya.

Wan Nurhusna berkata, setelah selesai semuanya, dia memulakan pencarian rumah baharu. Namun kali ini, dia mempersiap­kan dirinya dengan ilmu serta pengetahua­n dalam ilmu hartanah.

“Tahun ini kerajaan melancarka­n Kempen Pemilikan Rumah (HOC) dan melalui kempen ini saya berjaya menemui rumah idaman dua tingkat di Cyberjaya berharga RM500,000.

“Bagi saya, pentingnya seseorang itu untuk menguasai sedikit ilmu hartanah supaya tidak mudah terpedaya dengan sebarang iklan atau projek yang mengeliruk­an.

“Perjalanan kedua untuk memiliki rumah juga bertambah mudah apabila usaha kerajaan melalui HOC ini membantu saya pada pencarian kali ini,” katanya.

Rumah yang dipilih itu berdasarka­n faktor penariknya iaitu lokasi yang strategik di Cyberjaya yang mempunyai akses kepada lebuh raya utama.

Beliau yang bekerja sebagai Penolong Pengurus di syarikat swasta di Kuala Lumpur itu berkata, beliau percaya harga rumah semakin lama meningkat.

“Saya memilih membeli rumah sekarang kerana bagi saya, sekiranya kita mencari masa sesuai untuk membeli rumah, kita memang tidak akan pernah jumpa masa sesuai.

“Membeli rumah atau hartanah ini juga satu bentuk pelaburan jangka masa panjang dan juga satu bentuk simpanan.

“Paling utama adalah disiplin. Itu saja kunci pada setiap kejayaan,” katanya.

Bagi saya, pentingnya untuk seseorang itu menguasai sedikit ilmu hartanah supaya tidak mudah terpedaya dengan

sebarang iklan atau projek yang mengeliruk­an

WAN NURHUSNA

 ??  ??
 ??  ?? RUANG bilik tidur
utama
RUANG bilik tidur utama
 ??  ?? RUANG dalam kediaman
RUANG dalam kediaman
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia