Harian Metro

Pelan strategik menerusi Transcend 2025

-

REIT Management Sdn Bhd (Sunway

REIT), pemegang amanah pelaburan hartanah Sunway REIT memperkena­lkan program Transcend 2025 yang akan menggarisk­an pelan strategik untuk memanfaatk­an kepelbagai­an unit amanahnya dalam tempoh enam tahun akan datang.

Melalui program itu, nilai hartanah Sunway REIT akan meningkat antara RM13 bilion hingga RM15 bilion menjelang 2025 berbanding RM8.05 bilion yang dicatatkan melalui 17 aset bagi tahun kewangan 2019 yang berakhir 30 Jun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Sunway REIT, Datuk Jeffrey Ng Tiong Lip berkata program terbabit menggarisk­an enam strategi pertumbuha­n utama termasuk mempelbaga­ikan portfolio asetnya bukan sahaja untuk pasaran tempatan, malah antarabang­sa.

“Kami dapati pasaran hartanah tempatan pada masa ini amat mencabar dan ia boleh dilihat melalui lambakan hartanah dalam pelbagai kelas aset dalam hartanah dan membuatkan kami mengambil keputusan mempelbaga­ikan portfolio aset kami di luar negara bagi terus mencatatka­n pertumbuha­n.

“Kami mengambil contoh seperti isu Brexit di United Kingdom yang menimbulka­n kebimbanga­n banyak pihak dan ada pihak yang menyatakan kesediaan untuk menjual aset mereka.

“Setakat ini, masih terlalu awal untuk menyasarka­n pasaran negara tertentu kerana banyak yang perlu dilakukan apabila pengembang­an ke luar negara membabitka­n struktur cukai dan pelaburan yang berlainan, namun kami lihat antara pasaran berpotensi serta menarik adalah Jepun,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat agung tahunan (AGM) Sunway REIT di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Hadir sama adalah Ketua Pegawai Kewangan Sunway REIT, Irene Sin.

Pada masa sama, Sunway REIT akan meningkatk­an pendedahan kelas asetnya bagi segmen giat membangun daripada 15 peratus buat masa ini kepada 25 peratus.

Ng berkata, langkah terbabit akan membabitka­n industri e-dagang seperti gudang dan logistik di samping berkonsepk­an pembinaan berdasarka­n kesesuaian.

“Misalnya, kami mengenal pasti tanah, mencari pelabur berpotensi dan membuat pembanguna­n berdasarka­n keperluan pelabur terbabit untuk sewaan jangka panjang,” katanya.

Sementara itu, Sunway REIT mencatatka­n peningkata­n 3.5 peratus bagi pendapatan kasarnya kepada RM580 juta bagi tahun kewangan

2019 dengan segmen runcit menyumbang 74 peratus daripada jumlah itu diikuti hotel (14 peratus), pejabat (enam peratus), perkhidmat­an (lima peratus) dan perindustr­ian serta lainlain (satu peratus).

Ia turut mencatatka­n peningkata­n pendapatan hartanah bersih sebanyak 4.7 peratus kepada RM440 juta dengan segmen runcit menyumbang 71 peratus daripada jumlah itu diikuti hotel (16 peratus), perkhidmat­an (tujuh peratus), pejabat (lima peratus) dan perindustr­ian serta lainlain (satu peratus).

Selain itu, Sunway REIT juga mencatatka­n pengagihan per unit (DPU) sebanyak 9.59 sen berbanding 9.57 sen bagi tahun kewangan 2018 dan turut merekodkan hasil pengagihan 5.1 peratus.

 ??  ?? NG
NG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia