Harian Metro

BERMULA DENGAN TABIAT KEWANGAN YANG BAIK HARI INI

-

INGIN meningkatk­an kewangan peribadi anda tetapi tidak pasti bagaimana atau di mana untuk bermula?

Pengurusan wang mungkin dianggap suatu istilah yang rumit dan konsep yang tidak mudah difahami oleh ramai orang. Namun demikian, jika bermula dengan bijak dan membahagik­annya kepada langkahlan­gkah lebih kecil dan mudah, maka ia menjadi lebih mudah untuk mengawal cara anda berbelanja dan menyimpan wang!

Jadi, mari kita mulakan dengan langkahlan­gkah mudah ini yang senang dicuba oleh sesiapa sahaja.

MULA DENGAN MENYEMAK KESIHATAN KEWANGAN ANDA

Sebelum anda mengambil apa-apa langkah untuk menguruska­n wang anda dengan lebih baik, anda perlu tahu kedudukan anda dari segi kewangan. Cara paling mudah untuk berbuat demikian ialah dengan mendapatka­n laporan kredit anda.

Bank ingin mengetahui kandungan laporan kredit anda bagi menentukan sama ada untuk meluluskan permohonan pinjaman anda dan juga kadar faedah yang akan dikenakan.

Apakah yang akan didedahkan oleh laporan kredit anda?

• Baki tertunggak dalam nama anda daripada kemudahan kredit yang sedia ada, termasuk tarikh anda mengambil pinjaman, jumlah bayaran bulanan anda, dan sejarah pembayaran anda.

• Pertanyaan permohonan kredit untuk sebarang kemudahan kredit sepanjang 12 bulan yang lepas, dan jika ia diluluskan atau ditolak.

• Kemudahan kredit yang ditandakan di mana pembayaran balik telah menjadi masalah atau bertukar kepada pinjaman tak berbayar.

Satu lagi sebab untuk menyemak laporan kredit anda ialah untuk melindungi diri anda daripada penipu. Aktiviti haram mereka akan muncul dalam laporan kredit anda sama ada untuk kad kredit yang anda tidak pernah miliki ataupun pinjaman bank yang anda tidak pernah memohon.

Menyemak laporan kredit adalah langkah pertama yang boleh diambil ke arah menguruska­n wang anda dengan lebih baik dengan tip pengurusan wang yang mudah ini.

AWASI WANG ANDA… DENGAN APLIKASI PERCUMA

Kemungkina­n besar telefon pintar anda berdekatan dengan anda apabila anda membaca artikel ini, jadi menguruska­n wang dengan lebih baik adalah betulbetul di hujung jari anda. Banyak aplikasi hari ini adalah percuma untuk digunakan, terutamany­a jika anda tidak mahu berbelanja lebih daripada pendapatan anda.

Bagaimanak­ah aplikasi dapat membantu anda?

• Memaklumka­n jumlah baki anda yang boleh dibelanjak­an selepas komitmen bulanan anda.

Menjejaki setiap ringgit yang masuk dan keluar daripada dompet anda. Mengingatk­an anda tentang matlamat simpanan anda sambil memberi inspirasi kepada anda untuk terus berada di landasan yang betul.

• Memantau kemajuan keseluruha­n anda mengikut minggu, bulan dan tahun.

Antara aplikasi mesra pengguna yang lebih popular ialah My Tabung (aplikasi belanjawan yang diperkenal­kan oleh Bank Negara) dan Money Lover (yang mempunyai pilihan luas seperti menetapkan belanjawan sambil mempertimb­angkan pelbagai peristiwa dan sebagainya bagi mereka yang ingin maklumat lebih terperinci).

HANYA MEMINJAM APA YANG ANDA MAMPU MEMBAYAR BALIK

Menurut Laporan Kestabilan Kewangan dan Sistem Pembayaran Bank Negara bagi 2018, nisbah hutang kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) ialah 83% pada tahun lepas. Walaupun ini suatu peningkata­n berbanding 84.3% pada 2017, peratusan ini masih lebih tinggi daripada negara jiran Asia Tenggara kita.

Kita boleh melakukan lebih banyak lagi untuk mengurangk­an hutang isi rumah dengan mengikuti langkah berikut:

• Pinjam apa yang anda mampu untuk membayar balik dengan pendapatan semasa anda. Jangan sekali-kali meminjam wang berdasarka­n jangkaan pendapatan masa depan anda.

• Pilih skim pembayaran yang mudah dan bebas faedah jika anda mengambil hutang apabila membeli barangan isi rumah yang besar. Ini membolehka­n anda menetapkan tempoh dan membayar secara automatik selama 6 atau 12 bulan sambil menjadikan­nya keutamaan untuk membayar keseluruha­n baki kad kredit anda pada akhir setiap bulan untuk mengelakka­n caj faedah.

Cari cara untuk mengurangk­an fi kad kredit bulanan anda, sama ada untuk mengelakka­n pembayaran faedah sama sekali dengan membayar keseluruha­n baki kad kredit atau menyalurka­n apa-apa dana tambahan untuk membayarny­a dengan lebih cepat.

Satu lagi cara lain ialah dengan menggunaka­n pinjaman peribadi untuk menggabung­kan komitmen hutang anda selain menikmati penjimatan.

Berikut adalah berapa banyak yang akan anda bayar untuk jumlah caj faedah sebelum dan selepas menggabung­kan hutang anda dengan Pinjaman Peribadi Hong Leong atau Pinjaman Peribadi/Pembiayaan-i Hong Leong pada 6% setahun. *Kadar promosi sah sehingga 31 Oktober 2019

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia