Harian Metro

Tuah taufan Hagibis

Pasukan England ketuai Kumpulan C, layak ke suku akhir

-

Jurulatih England, Eddie Jones melabel taufan Hagibis memberikan kelebihan besar buat pasukannya selepas perlawanan terakhir peringkat kumpulan terpaksa dibatalkan atas faktor keselamata­n.

Penganjur kejohanan mengambil langkah berani dengan membatalka­n perlawanan antara England dengan Perancis dan New Zealand serta Itali ketika Hagibis melanda Jepun.

Ia bermakna England mengetuai Kumpulan C hasil dua mata yang diperoleh pada perlawanan yang dibatalkan itu. Penganjur memutuskan semua pasukan yang terbabit dengan pembatalan itu diberi dua mata.

England yang masih belum tewas pada Piala Dunia kali ini, sudah boleh mengintai aksi suku akhir di Oita, 19 Oktober ini dengan lawan yang bakal ditemui ialah Australia.

Walaupun anak buahnya tidak beraksi selama seminggu ini, Jones berkata: “Kami tidak bimbang dengan keadaan itu. Kami semua gembira... sangat seronok apatah lagi ia memberi kami peluang untuk berehat lebih lama.

“Siapa yang pernah menyangka kami akan mengharung­i dua perlawanan mudah (menentang Tonga dan Amerika Syarikat), satu perlawanan sukar (menentang Argentina) dan beroleh rehat dua minggu untuk aksi suku akhir?

“Justeru, pasti ramai yang cemburu dengan kami. Taufan ini memberikan kami faedah besar.”

Jones juga menjangka pemain yang cedera, Billy Vunipola, Joe Marler dan Jack Nowell sempat sembuh untuk kembali bermain minggu depan.

England akan ke Miyazaki di mana mereka bakal mengharung­i kem latihan pra perlawanan, selain latihan intensif tiga hari.

Jones yang membimbing

Australia ketika mereka tewas kepada England pada final Piala Dunia 2003 di Sydney berkata, pasukannya hanya mendapat tahu mengenai pembatalan perlawanan itu kelmarin.

“Kami sudah bersedia untuk bermain sebelum ia dibatalkan. Ia di luar bidang kuasa kami,” katanya.

Siapa yang pernah menyangka kami akan mengharung­i dua perlawanan mudah (menentang Tonga dan Amerika Syarikat), satu perlawanan sukar (menentang Argentina) dan beroleh rehat dua minggu untuk aksi suku akhir?”

Eddie Jones

 ??  ?? VUNIPOLA
MARLER
VUNIPOLA MARLER
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia