BERMULA DENGAN TABIAT KEWANGAN YANG BAIK HARI INI
INGIN meningkatkan kewangan peribadi anda tetapi tidak pasti bagaimana atau di mana untuk bermula?
Pengurusan wang mungkin dianggap suatu istilah yang rumit dan konsep yang tidak mudah difahami oleh ramai orang. Namun demikian, jika bermula dengan bijak dan membahagikannya kepada langkahlangkah lebih kecil dan mudah, maka ia menjadi lebih mudah untuk mengawal cara anda berbelanja dan menyimpan wang!
Jadi, mari kita mulakan dengan langkahlangkah mudah ini yang senang dicuba oleh sesiapa sahaja.
MULA DENGAN MENYEMAK KESIHATAN KEWANGAN ANDA
Sebelum anda mengambil apa-apa langkah untuk menguruskan wang anda dengan lebih baik, anda perlu tahu kedudukan anda dari segi kewangan. Cara paling mudah untuk berbuat demikian ialah dengan mendapatkan laporan kredit anda.
Bank ingin mengetahui kandungan laporan kredit anda bagi menentukan sama ada untuk meluluskan permohonan pinjaman anda dan juga kadar faedah yang akan dikenakan.
Apakah yang akan didedahkan oleh laporan kredit anda?
• Baki tertunggak dalam nama anda daripada kemudahan kredit yang sedia ada, termasuk tarikh anda mengambil pinjaman, jumlah bayaran bulanan anda, dan sejarah pembayaran anda.
• Pertanyaan permohonan kredit untuk sebarang kemudahan kredit sepanjang 12 bulan yang lepas, dan jika ia diluluskan atau ditolak.
• Kemudahan kredit yang ditandakan di mana pembayaran balik telah menjadi masalah atau bertukar kepada pinjaman tak berbayar.
Satu lagi sebab untuk menyemak laporan kredit anda ialah untuk melindungi diri anda daripada penipu. Aktiviti haram mereka akan muncul dalam laporan kredit anda sama ada untuk kad kredit yang anda tidak pernah miliki ataupun pinjaman bank yang anda tidak pernah memohon.
Menyemak laporan kredit adalah langkah pertama yang boleh diambil ke arah menguruskan wang anda dengan lebih baik dengan tip pengurusan wang yang mudah ini.
AWASI WANG ANDA… DENGAN APLIKASI PERCUMA
Kemungkinan besar telefon pintar anda berdekatan dengan anda apabila anda membaca artikel ini, jadi menguruskan wang dengan lebih baik adalah betulbetul di hujung jari anda. Banyak aplikasi hari ini adalah percuma untuk digunakan, terutamanya jika anda tidak mahu berbelanja lebih daripada pendapatan anda.
Bagaimanakah aplikasi dapat membantu anda?
• Memaklumkan jumlah baki anda yang boleh dibelanjakan selepas komitmen bulanan anda.
Menjejaki setiap ringgit yang masuk dan keluar daripada dompet anda. Mengingatkan anda tentang matlamat simpanan anda sambil memberi inspirasi kepada anda untuk terus berada di landasan yang betul.
• Memantau kemajuan keseluruhan anda mengikut minggu, bulan dan tahun.
Antara aplikasi mesra pengguna yang lebih popular ialah My Tabung (aplikasi belanjawan yang diperkenalkan oleh Bank Negara) dan Money Lover (yang mempunyai pilihan luas seperti menetapkan belanjawan sambil mempertimbangkan pelbagai peristiwa dan sebagainya bagi mereka yang ingin maklumat lebih terperinci).
HANYA MEMINJAM APA YANG ANDA MAMPU MEMBAYAR BALIK
Menurut Laporan Kestabilan Kewangan dan Sistem Pembayaran Bank Negara bagi 2018, nisbah hutang kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) ialah 83% pada tahun lepas. Walaupun ini suatu peningkatan berbanding 84.3% pada 2017, peratusan ini masih lebih tinggi daripada negara jiran Asia Tenggara kita.
Kita boleh melakukan lebih banyak lagi untuk mengurangkan hutang isi rumah dengan mengikuti langkah berikut:
• Pinjam apa yang anda mampu untuk membayar balik dengan pendapatan semasa anda. Jangan sekali-kali meminjam wang berdasarkan jangkaan pendapatan masa depan anda.
• Pilih skim pembayaran yang mudah dan bebas faedah jika anda mengambil hutang apabila membeli barangan isi rumah yang besar. Ini membolehkan anda menetapkan tempoh dan membayar secara automatik selama 6 atau 12 bulan sambil menjadikannya keutamaan untuk membayar keseluruhan baki kad kredit anda pada akhir setiap bulan untuk mengelakkan caj faedah.
Cari cara untuk mengurangkan fi kad kredit bulanan anda, sama ada untuk mengelakkan pembayaran faedah sama sekali dengan membayar keseluruhan baki kad kredit atau menyalurkan apa-apa dana tambahan untuk membayarnya dengan lebih cepat.
Satu lagi cara lain ialah dengan menggunakan pinjaman peribadi untuk menggabungkan komitmen hutang anda selain menikmati penjimatan.
Berikut adalah berapa banyak yang akan anda bayar untuk jumlah caj faedah sebelum dan selepas menggabungkan hutang anda dengan Pinjaman Peribadi Hong Leong atau Pinjaman Peribadi/Pembiayaan-i Hong Leong pada 6% setahun. *Kadar promosi sah sehingga 31 Oktober 2019