Harian Metro

SOKONG LTTE

Dua Adun antara ditangkap pasukan E8

- Oleh Muhaamad Hafis Nawawi mhafis@hmetro.com.my

Tujuh individu termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari Negeri Sembilan dan Melaka ditahan, semalam kerana disyaki terbabit dengan perjuangan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, tujuh individu berkenaan ditahan di Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak dan Kedah dalam operasi khas bermula jam 9 pagi hingga 2 petang.

Menurutnya, tangkapan pertama membabitka­n Adun dari Negeri Sembilan kerana menghadiri Program Hari Perwira LTTE pada 28 November tahun lalu di Melaka dan menyampaik­an ucapan berunsur sokongan, mengedar risalah serta item berkaitan kumpulan itu.

“Tangkapan kedua pula seorang Adun di Melaka, pembabitan beliau hampir sama dengan Adun Negeri Sembilan yang turut menghadiri program terbabit.

“Dua lagi lelaki iaitu peniaga barang lusuh berusia 28 tahun dan pemandu teksi, 37, masing-masing ditahan di Rawang, Selangor dan Sungai Siput, Perak.

“Mereka ini pernah dijatuhi hukuman denda RM10,000 atas kesalahan menyerang Pesuruhjay­a Tinggi Sri Lanka di Lapangan Terbang Antarabang­sa

Kuala Lumpur (KLIA) pada September 2016, ” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, semalam.

Ayob Khan berkata, peniaga terbabit adalah penganjur Majlis Hari Perwira LTTE di Kuala Lumpur manakala pemandu teksi pernah menyertai pertemuan sulit di Sungai Siput, Perak bertujuan merekrut dan menyebarka­n propaganda kumpulan itu di negara ini selain menyimpan item LTTE.

“Polis turut menahan lelaki berusia 38 tahun bekerja sebagai ejen insurans kerana disyaki merancang melancarka­n serangan terhadap Suruhanjay­a Tinggi Sri Lanka di Kuala Lumpur selain memiliki dan menyimpan item berkaitan kumpulan itu.

“Sementara itu dua lagi tangkapan membabitka­n lelaki berusia 27 dan 57 tahun bekerja sebagai juruteknik serta peniaga kedai makan. Mereka ditahan di Kulim, Kedah dan Sungai Buloh, Selangor kerana menyokong, memiliki dan mempromosi LTTE,” katanya.

Beliau berkata, siasatan ke atas semua suspek bukan baharu malah sudah bermula sejak November tahun lalu lagi.

“Kami juga ada maklumat baharu, ada cubaan untuk aktifkan semula LTTE malah dua hari lalu ada tangkapan di negara Eropah membabitka­n empat suspek disyaki LTTE.

“Jika ada cukup bukti kami juga akan mengambil tindakan terhadap pelakon dari India yang sebelum ini datang ke Malaysia bagi menghadiri program kumpulan itu,” katanya.

Menurutnya, tujuh individu berkenaan ditahan selama 28 hari.

Didapati ada cubaan untuk aktifkan semula

LTTE di Malaysia

 ??  ??
 ??  ?? TUJUH individu termasuk dua Adun ditahan selepas dipercayai ada kaitan dengan LTTE.
TUJUH individu termasuk dua Adun ditahan selepas dipercayai ada kaitan dengan LTTE.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia