Harian Metro

“Rintihan rakyat memang diambil kira. Bagaimanap­un, kerajaan harus menggalas peranan menyeimban­gkan pelaksanaa­n cukai yang menjana pendapatan negara dengan kadar pemberian subsidi semasa,”

- Perdana Menteri

- Oleh Mohd Firdaus Ibrahim firdaus_ibrahim@hmetro.com.my

Kerajaan meneliti semula peruntukan subsidi supaya dapat disalurkan kepada golongan sasar dan kelompok masyarakat yang memerlukan.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Belanjawan 2020 yang akan dibentangk­an di Dewan Rakyat, hari ini, turut mengambil kira rintihan rakyat merangkumi pemberian subsidi dan pelaksanaa­n cukai.

Menurutnya, wujud pelbagai rungutan dan harapan rakyat berhubung hala tuju negara.

“Bagaimanap­un, kerajaan harus menggalas peranan untuk menyeimban­gkan faktor pelaksanaa­n cukai yang menjana pendapatan negara dengan kadar pemberian subsidi semasa.

“Saya baca dalam akhbar, ramai minta supaya cukai dikurangka­n dan subsidi ditambah, tetapi hakikatnya kita kena seimbangka­n kedua-dua perkara ini.

“Kita cuba kurangkan cukai, namun kerajaan kena ada wang untuk menampung pembanguna­n kemudahan dan pelbagai sektor termasuk penyaluran subsidi,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidanga­n dan Pameran Teknologi Hijau serta Produk Eko Antarabang­sa (IGEM) 2019 ke-10, di sini, semalam.

Mengulas permintaan rakyat yang mahu cukai dikurangka­n, Dr Mahathir berkata, ia satu permintaan yang sukar dilaksanak­an.

“Mana boleh kita penuhi permintaan orang ramai yang mahu cukai dikurangka­n manakala subsidi ditambah dari semasa ke semasa.

“Kita dapati ada juga go

Pemberian subsidi bersasar perlu diteruskan. Realiti kini kos sara hidup tinggi dan memberi kesan kepada golongan M40. Subsidi minyak petrol, keperluan barang harian, perubatan dan pendidikan perlu dikekalkan dan ditambah baik”

Mohd Zaini Othman, 32, kakitangan kerajaan

Diharap Belanjawan 2020 kali ini lebih banyak subsidi diberikan kepada golongan sasar supaya kos sara hidup dapat dikurangka­n. Pemberian BSH diteruskan, tetapi agihan perlu ditambah baik”

Amalina Suimeyami, 30, kakitangan kerajaan

Sebagai mahasiswa pastinya mengharapk­an kami antara golongan yang diberi perhatian menerima manfaat dari sebarang bentuk subsidi yang kerajaan wujudkan. ”

Ahmad Suhail Abd Rahman, 19,

penuntut universiti

longan B40 (isi rumah berpendapa­tan 40 peratus terendah) yang tidak memerlukan subsidi,” katanya.

Menurutnya, kerajaan kekal dengan prinsip kadar cukai yang lebih tinggi akan dikenakan kepada golongan kaya berbanding orang miskin.

Menjawab soalan wartawan berkaitan pengambila­lihan Plus Malaysia Sdn Bhd (Plus), Mahathir menegaskan kerajaan tidak mempunyai ‘senarai’ tertentu dalam menentukan pembida paling layak untuk tujuan terbabit, sebaliknya ia bergantung kepada beberapa faktor.

“Keutamaan kerajaan dalam menentukan kelayakan pihak untuk mengambil alih jajaran lebuh raya kendalian Plus adalah nilai yang ditawarkan pembida agensi swasta.

“Kalau nilai yang ditawarkan lumayan dan seiring taksiran kerajaan, maka kita akan luluskan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? PETANI mengangkat benih padi bersubsidi.
PETANI mengangkat benih padi bersubsidi.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia