Harian Metro

Pemuda mengaku tidak bersalah noda kekasih bawah umur

-

Chukai: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kemaman, semalam, atas dua pertuduhan merogol kekasihnya yang berusia 13 tahun, dua tahun lalu.

Tertuduh, Muhammad Syahmi Mustaqim Said, 22, dari Kampung Mak Chili Paya, di sini, mengaku tidak bersalah selepas dua pertuduhan dibacakan kepadanya di depan Hakim Azman Mustapha.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol mangsa di dalam kereta Perodua Myvi di Kampung Mak Chili, di sini, jam 9 malam, 12 Disember 2017.

Tertuduh turut mengulangi kesalahan sama di dalam kenderaan dan lokasi sama jam 9 malam, 20 Disember 2017.

Bagi setiap kesalahan itu, tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Asyraf Minhad manakala tertuduh diwakili peguam, Datuk Zaharman Zainal Abidin.

Selepas pengakuan tidak bersalah tertuduh direkodkan, mahkamah menetapkan 5 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Mahkamah juga membenarka­n tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia