Harian Metro

Belum jumpa pengganti Siti

-

Penyanyi terkenal, Datin Alyah tidak pernah terasa hati atau menyimpan dendam terhadap pengacara program Gegar Vaganza, Nabil Ahmad dan Jihan

Muse.

Alyah, 38, atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan berkata, dia tidak kisah meskipun sering menjadi bahan usikan dengan suami, Datuk Ramli MS.

“Macam musim kali ini baru minggu pertama saya tengok. Selebihnya saya ada kerja. Tapi saya dapat banyak mesej peribadi (DM) di Instagram. Jadi dapat tahu dari situ mereka membahan atau mengenakan saya.

Kuala Lumpur: “Saya harap siapa pun penyanyi terpilih nanti menyampaik­an lagu Anta Permana sebaik mungkin.

“Sebagai komposer, saya hanya mampu doa yang terbaik,” kata penyanyi dan komposer terkenal, Hael Husaini.

Hael berkata demikian ketika mengulas spekulasi nama penyanyi Bob Yusof disebut bakal menggantik­an tempat Datuk Seri Siti Nurhaliza menyampaik­an lagu Anta Permana pada peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik 34 (SFMM34) yang bermula 15 November ini.

Lagu Anta Permana ciptaan Hael bersama Ezra Kong.

Ditanya sama ada dia mengetahui desas-desus pemilihan Bob AF pula, kata Hael, dia tidak dapat mengulas mengenai perkara itu.

“Tak pernah geram atau marah pun. Sebab sudah enam tahun kena perkara sama. Macam-macam mereka cakap, tapi saya okey saja.

“Kadang saya tanya juga Tok Ram, kenapa nak kena buat macam tu. Dia cakap, benda macam itu jangan ambil hati. Saya sebenarnya malas ambil tahu pun hingga tak tahu nak beri reaksi apa. Mungkin sebab sudah biasa kan,” katanya.

“Saya mohon maaf kerana tidak dapat ulas desas-desus mengenai pemilihan Bob AF menyampaik­an lagu Anta Permana seperti heboh diperkatak­an ramai ini.

“Saya juga hanya serahkan pada pihak pengurusan Universal Music untuk memilih siapa penyanyi lagu ini nanti,” katanya.

Sementara itu, wakil syarikat rakaman Universal Music, Amir Wahab berkata, pihaknya masih mencari penyanyi tepat bagi menyampaik­an lagu Anta Permana, sekali gus menggantik­an Siti pada peringkat SFMM34 nanti.

“Kami masih cari penyanyi ganti Siti. Kalau boleh, penyanyi ini bukan artis baharu.

“Namun, pemilihan penyanyi perlu mendapat persetujua­n Hael dan Siti terlebih dahulu,” katanya pada sidang media pengumuman 30 lagu layak bertanding pada SFMM34 di Balai Berita, di sini, kelmarin.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia