Harian Metro

Usah pinggir pelakon berusia

-

Kuala Lumpur: Pelakon, Nor Albaniah, 50, menyifatka­n nasib pelakon berusia sepertinya di negara ini ada tarikh luput.

Katanya, tarikh luput dimaksudka­n apabila mendapati segelintir pelakon yang melewati usia 30-an mula dipinggirk­an dengan watak selain diberi peranan sebagai ibu bapa.

“Saya faham permintaan peminat dan penonton yang tertumpu pada pelakon muda dan ada ramai pengikut di media sosial.

“Namun, jangan terus lupa bakat pelakon dewasa yang berusia dengan meletakkan had umur tertentu.

“Boleh jika nak letak had umur, tetapi tidak perlu tergesa-gesa kerana dalam lakonan pengalaman juga penting,” katanya.

Nor Albaniah berkata, menjadi harapannya pelakon berpengala­man lebih 20 tahun dalam industri terus dihargai.

“Yakinlah kelompok seperti kami masih mampu menaikkan industri kerana kualiti dan bukan mengejar populariti,” katanya.

Pemilik nama sebenar Nor Albaniah Raffie itu berkata, dia faham pelakon berusia sepertinya di luar negara masih layak melakonkan watak utama.

“Namun, di negara ini kebanyakan pelakon berusia 40-an memang kena sedia untuk watak ibu bapa sahaja,” katanya.

Katanya, situasi sebegitu berlaku apabila segelintir penulis skrip lebih gemar menulis watak orang muda.

“Mereka (penulis skrip) kurang beri perhatian watak pelakon berusia 40 ke 50 tahun.

“Ke mana hala tuju industri apabila pelakon berusia dipinggirk­an, padahal mereka yang berpengala­man itu harus dikekalkan,” katanya mengakui permintaan industri masa kini bergantung pada pengaruh media sosial seperti jumlah pengikut Instagram (IG).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia