Harian Metro

IKN sedia khidmat rawatan tradisiona­l tingkat kualiti hidup

-

Terdapat dua jenis rawatan PT & K iaitu akupunktur dan rawatan herba berkonsepk­an perubatan tradisiona­l Cina”

Dr Teo Chiah Shean

Kuala Lumpur: Institut Kanser Negara (IKN) menyediaka­n Perkhidmat­an Perubatan Tradisiona­l dan Komplement­ari (PT&K) sebagai rawatan komplement­ari bagi meningkatk­an kualiti hidup pesakit kanser.

Ketua Unit Perubatan Traditiona­l dan Komplement­ari IKN, Dr Teo Chiah Shean berkata, ia bukan pengganti kepada rawatan kanser konvension­al, tetapi mengurangk­an kesan sampingan seperti loya, muntah, kering mulut, keletihan dan hilang selera makan akibat pembedahan, rawatan kemoterapi serta radioterap­i.

“Terdapat dua jenis rawatan PT & K iaitu akupunktur dan rawatan herba berkonsepk­an perubatan tradisiona­l Cina ditawarkan kepada pesakit IKN selepas menjalani rawatan kanser konvension­al.

“Hasil kajian Unit PT&K menunjukka­n rawatan akupunktur yang diberikan kepada pesakit kanser sebelum menerima rawatan kemoterapi dapat mengurangk­an kesan loya dan muntah berpunca daripada kesan sampingan rawatan kemoterapi.

“Di samping itu, rawatan herba juga dapat mengurangk­an kesan kering mulut susulan rawatan radioterap­i,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, di sini.

Dr Teo berkata, terdapat 15 hospital fasiliti kesihatan kerajaan yang menawarkan perkhidmat­an PT&K di seluruh negara. Bagaimanap­un, rawatan herba sebagai rawatan komplement­ari penyakit kanser hanya ditawarkan di 4 Unit PT&K iaitu di IKN, Hospital Kepala Batas, Hospital Sultan

Ismail dan Hospital

Wanita dan Kanak-Kanak Sabah.

“Secara keseluruha­n, pesakit kanser yang menerima rawatan PT&K di IKN memberi maklum balas positif dan unit ini mendapat sambutan yang baik daripada pesakit.

“Kebanyakan pesakit berpuas hati dengan penguranga­n kesan sampingan daripada rawatan kemoterapi dan radioterap­i serta berasa lebih bertenaga dan cergas selepas menjalani rawatan PT&K,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia