40 produk kraf tiada permit dirampas
Langkawi: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Kedah merampas 40 produk kraf tangan berasaskan buluh dan rotan di Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, semalam.
Pengarahnya, Lily Rosalind Pakianathan berkata, hasil pemeriksaan mendapati kraf tangan berasaskan buluh dan rotan itu tidak mempunyai permit import (IP) yang dikeluarkan oleh Jabatan MAQIS dan Sijil Fitosanitasi dari negara asal.
Beliau berkata, produk kraf tangan itu dibawa masuk dari Bali, Indonesia ke negara ini.
“Nilai rampasan dianggarkan RM800 dan tujuan dibawa masuk ke sini adalah untuk dijual di pasaran tempatan,” katanya.